Setelah kunci kereta menjadi milik anda, kenderaan beroda empat ini berada di bawah tanggungjawab anda bermula dari penjagaan dan pemanduan.
Seperti yang diketahui kereta dilengkapi dengan pelbagai teknologi dan komponen. Bagaimanapun, seiring waktu salah satu bahagian kereta mula terdedah kepada kerosakan.
Oleh itu, sebagai pemilik kenderaan, anda perlu memgambil berat mengenai fungsi-fungsi kenderaan secara asas agar dapat mengenal pasti sebarang masalah yang dihadapi.
Setidaknya anda boleh mengelakkan kerosakan yang berlaku dengan lebih teruk apatah lagi kenderaan itu semakin berusia.
Salah satu masalah yang sering berlaku terhadap mana-mana pengguna kereta yang telah lama menggunakan kenderaan itu adalah masalah steering rack.
Menurut pengguna akaun TikTok @altimatautogarage, steering rack berfungsi mengawal pergerakan kereta menerusi steering kereta.
Jelasnya, komponen ini lazimnya mempunyai jangka hayat antara 100,000 hingga 200,000 kil0meter (km), atau dalam tempoh 5 hingga 10 tahun sahaja.
Sesetengah steering rack menggunakan minyak (kenderaan lama) dan ada juga steering rack yang telah beralih kepada motor.
Tanda-tanda steering rack rosak
1. Bunyi pelik
Salah satu masalah komponen ini adalah ketika anda memandu di jalan yang tidak rata, kedengaran bunyi pelik ‘ketak-ketuk’.
Bunyi ini berkemungkinan datang daripada masalah steering rack kereta mula bermasalah.
2. Steering Berat
Selain itu, steering kereta terasa berat ketika membelok juga merupakan salah satu masalah steering rack ini.
“Waktu korang bawa, tiba-tiba waktu belok tu steering korang terasa berat, itu pun menunjukkan bahawa steering kereta korang ini dah bermasalah,” ujarnya dalam klip.
3. Steering tidak berputar kembali
Tanda terakhir jika ingin mengetahui steering rack mula bermasalah adalah, steering kereta tidak kembali ke posisi neutral selepas membelok kiri mahupun kanan.
“Waktu korang pusing itu (belok), tiba-tiba steering kereta sepatutnya balas (pusing) balik, tetapi ini dia tidak balas,” katanya sambil menambah salah satu masalah komponen itu.
Sekiranya steering kereta anda mengalami salah satu tanda ini, segera periksa di bengkel.
@altimatautogarage Punca steering korang berat masa pusing kiri kanan,ada bunyi ketuk2,kalau tak cakna memang jahanam!!! #bengkel #bengkelkereta #bengkelrepairkereta #bengkelservicekereta #bengkelkeretakuang #bengkelkeretasungaibuloh #bengkelrepairaircondkereta #bengkelserviceaircondkereta #aircondkereta #aircondkeretataksejuk #aircondkeretapanas #aircondkeretabocor #aircondkeretabaubusuk #automotive #automotif #automotivemalaysia #automotifmalaysia #bengkelmalaysia #otomotif #otomotifindonesia #otomotifmobil #otomotif_indonesia #otomotifzone #otomotifnet #bengkelmobil #bengkelindonesia #kereta #car #cars #carsoftiktok #carslover #carspotting #carscene #carshow #mobil #steering #steeringwheel #steeringrack #trending #viral #fyp ♬ original sound – Altimat Auto Garage
Sumber: TikTok @altimatautogarage
BACA JUGA: Shuib buka rahsia arwah Sarah kena sihir sampai bertukar jadi harimau