Pesawat bawa kargo berbahaya dilapor terhempas

Pesawat bawa kargo berbahaya dilapor terhempas

Pesawat bawa kargo berbahaya dilapor terhempas. Sebuah pesawat kargo jenis Antonov An-12 yang dilaporkan membawa muatan didakwa ‘berbahaya’ bersama lapan individu, terhempas berhampiran Paleochori Kavalas di utara Greece, semalam.

Agensi Berita Athens melaporkan beberapa saksi memaklumkan pesawat itu dilihat terbakar, selain mendengar bunyi letupan.

Seorang penduduk tempatan, Giorgos Archontopoulos, memberitahu stesen penyiaran ERT bahawa beliau terasa ada sesuatu tidak kena apabila mendengar bunyi enjin pesawat berkenaan.

“Pada jam 10.45 malam, saya dikejutkan dengan bunyi enjin pesawat terbabit. Saya kemudian keluar rumah dan melihat enjin berkenaan sedang dijilat api,” katanya.

Pegawai tempatan pula berkata, tujuh jentera bomba dan penyelamat dikejarkan ke lokasi kejadian, namun anggota tidak dapat mendekati pesawat itu berikutan letupan berterusan.

Pesawat bawa kargo berbahaya dilapor terhempas

Menurut laporan media, pesawat kargo itu dikatakan sedang dalam perjalanan dari Serbia ke Jordan, dan sudah meminta kebenaran untuk melakukan pendaratan kecemasan berhampiran Lapangan Terbang Kavala tetapi tidak sempat sampai ke sana.

ERT melaporkan ia didakwa adalah sebuah pesawat Ukraine, manakala penduduk kampung pula memaklumkan kapal terbang itu dilihat terbakar sebelum terhempas. Rakaman yang disiarkan secara langsung melalui televisyen menunjukkan pesawat itu masih dijilat api.

Setakat ini, tiada maklumat rasmi mengenai bilangan individu berada dalam pesawat terbabit ketika kejadian.

Bagaimanapun, menurut laporan ERT, pesawat itu dikatakan membawa lapan individu dan kargo didakwa ‘berbahaya’. Malah, polis dilaporkan meminta wartawan di tempat kejadian untuk memakai pelitup muka.

“Anda perlu beredar untuk keselamatan anda. Ada maklumat bahawa pesawat itu membawa amunisi,” kata seorang anggota bomba kepada pemberita di lokasi terbabit.

Datuk Bandar Paggaio yang terletak berhampiran, Filippos Anastasiadis, memberitahu Open TV bahawa pesawat itu terhempas kira-kira dua kilometer dari sebuah kawasan penempatan.

BACA:

Ini punca kenapa Puteri Sarah nekad saman netizen, patutlah…

Baru berniaga dah boleh beli Vellfire? Netizen mula persoal balu Abam Bocey

Kantoi kena saman tak ada lesen, Haqiem Stopa kelihatan tolak bagasi di airport