“Persoalan Terjawab” Anna Jobling Padam Foto Meerqeen Di IG Jadi Tanda Tanya

Pelakon Anna Jobling semalam telah membuatkan peminat tertanya-tanya setelah dia memuat naik status ‘sesuatu’ sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi.

Dalam hantaran X Anna, dia menulis ‘Puzzle Completed’ yang membawa maksud persoalan sudah terjawab

selain memadam segala foto bersama pelakon Meerqeen di Instagram.

“Persoalan Terjawab” Anna Jobling Padam Foto Meerqeen Di IG Jadi Tanda Tanya

Pun begitu, mereka berdua masih mengikuti Instagram masing-masing sehingga kini.

Sebelum ini, Anna dan Meerqeen pernah disoal media hiburan tempatan mengenai status sebenar hubungan mereka setelah dilihat serasi ketika bergandingan bersama drama Melur Untuk Firdaus sebelum ini.

Status anna jobling

Namun begitu, kedua-duanya tidak pernah memberikan jawapan jelas mengenai perkara itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar aktres jelita itu untuk sentiasa bersabar dan memintanya untuk terus fokus dalam karier yang semakin meningkat naik pada ketika ini.

BACA: “Kau nak cuba menggatal dengan laki aku ke apa? Tak panas ke korang jiran duduk seorang diri sebeIah rumah kau lagi