Perodua Alza 2022 didedahkan, tapi bucu-bucu aje

Perodua Alza 2022 didedahkan, tapi bucu-bucu aje

Perodua Alza 2022 didedahkan, tapi bucu-bucu aje.Hari ini laman Facebok rasmi Perodua menyiarkan pula video acah keempat Alza 2022 (D27A). Apa yang menarik, kita dapat melihat sedikit wajah sebenar Alza 2022 (D27A) berwarna Vintage Brown yang menyorok di sebalik lori syarikat penghantaran.

Video tersebut sebenarnya memaparkan fungsi Monitor Pandangan Panoramik 360 darjah yang boleh diaktifkan dengan hanya menekan butang pada stereng. Ciri ini hanya ditawarkan pada varian Alza 1.5L AV sahaja.

Tempahan model ini telah pun dibuka dan ia ditawarkan dengan tiga pilihan varian, iaitu X (asas), H (pertengahan) dan AV (andalan).

Alza 2022 (D27A) dikuasakan oleh 2NR-VE 1.5L Dual VVT-i (103 PS, 136 Nm daya kilas) dengan pilihan transmisi D-CVT dengan pilihan mod pemanduan (Normal, Eco dan Power).

Harga tentatif Perodua Alza 2022 (D27A) mengikut varian (harga tanpa insurans dan termasuk cukai jualan) adalah:

Perodua Alza 2022 didedahkan, tapi bucu-bucu aje

Alza 1.5L X (CVT) – RM62,000
Alza 1.5L H (CVT) – RM68,000
Alza 1.5L AV (CVT) – RM75,000

Nantikan info seterusnya dari semasa ke semasa!

BACA:

Mona terkantoi lupa zip kain, netizen boleh perasan pulak

Harga barang mentah naik mendadak, peniaga tutup kedai

Wanita idam suami muka Hindustan dan berbulu, tolak ‘muka jambu’