Pernah jadi syarikat paling berkuasa, kini Kodak kembali sebagai syarikat kecil

Sejak fotografi dicipta pada hari pertamanya, ia telah mengubah dunia secara drastik

Fotografi membolehkan manusia merakam detik-detik berharga dalam kehidupan untuk diturunkan kepada generasi akan datang.

George Eastman, pengasas syarikat Eastman Kodak

Pernah jadi syarikat paling berkuasa, kini Kodak kembali sebagai syarikat kecil

Memahami bidang fotografi yang baru diperkenalkan ini adalah satu cabaran. Para juru gambar memerlukan latihan bertahun-tahun untuk menguasai bidang ini pada abad ke-19.

Selain itu, peralatan fotografi pada masa itu agak mahal dan boleh mendatangkan bahaya kepada juru gambar kerana bahan kimia yang digunakan boleh meletup jika tidak digunakan dengan betul.

Walau bagaimanapun, kini fotografi telah berkembang pesat, dan kanak-kanak berusia tiga tahun pun dapat mengambil gambar dengan mudah.

Fotografi telah menjadi bahagian penting dalam kehidupan seharian manusia. Banyak orang mengambil gambar setiap hari sebagai kenangan atau dimuat naik ke dalam media sosial.

Steven Sasson

Kepada Steven Sasson, seorang jurutera, kita perlu memberi ucapan terima kasih atas kemodenan dunia fotografi yang kita nikmati hari ini. Steven adalah orang yang mencipta kamera digital pertama di dunia pada tahun 1975. Namun, mengapa teknologi kamera digital hanya menjadi popular pada kurun ke-21?

Menurut laporan The New York Times, Sasson mula bekerja untuk syarikat Eastman Kodak, atau lebih dikenali sebagai Kodak, pada tahun 1973. Kodak adalah nama yang besar dalam dunia fotografi ketika itu.

Steven diberi tugas oleh Kodak untuk mengkaji teknologi yang dipanggil charge-couple device (C.C.D), untuk melihat kegunaan praktikalnya dengan produk Kodak yang lain.

Projek ini tidak mencabar bagi jurutera muda ini kerana peranti C.C.D itu sudah dibangunkan pada tahun 1969 oleh Willard Boyle dan George E. Smith.

Kamera digital pertama dunia

Steven sendiri menganggap bahawa Kodak memberikan projek itu kepadanya supaya dia mempunyai sesuatu untuk dilakukan dan kekal sibuk di pejabat.

Selepas dua tahun mengusahakan projek itu, Sasson secara tidak sengaja mencipta kamera yang mampu merakam gambar dalam format digital, menjadikannya orang pertama yang mencipta kamera digital.

Steven sedar ciptaannya itu mempunyai potensi untuk menjadi gajet revolusioner dalam dunia teknologi. Apabila Steven membentangkan ciptaannya kepada eksekutif di Eastman Kodak, mereka tidak begitu kagum.

Mereka nampak seolah-olah penemuan Steven itu merupakan ancaman kepada syarikat mereka. Ini kerana Kodak adalah syarikat besar di pasaran fotografi pada masa itu dan memonopoli pasaran fotografi.

Kodak menyumbang 85% jualan kamera di Amerika Syarikat pada tahun 1976. Eksekutif Kodak merasa terancam kerana kamera digital tidak menggunakan gelung filem yang selama ini menjadi punca keuntungan mereka.

Namun, mereka membenarkan Steven terus mengembangkan teknologi kamera digitalnya. Pada tahun 1978, kamera digital pertama dunia telah dipatenkan.

Walaupun, pegawai atasan Steven melarangnya daripada berkongsi maklumat mengenai ciptaannya atau menunjukkan prototaip kepada orang luar syarikat.

Kira-kira 14 tahun selepas Steven mencipta kamera digital, dia dan rakan Robert Hills mencipta kamera refleks kanta tunggal (S.L.R) moden pertama di dunia pada tahun 1989.

Namun, kamera S.L.R ini juga tidak mendapat sambutan dari eksekutif Kodak yang lebih mengutamakan penjualan kamera biasa dan gelung filem.

Lebih memudahkan Kodak, paten kamera digital mereka membantu syarikat itu memperolehi royalti yang berbilion-bilion USD daripada syarikat lain.

Apabila kontrak itu tamat pada tahun 2007, Kodak tidak bersedia untuk bersaing di pasaran teknologi digital. Lima tahun kemudian, Kodak telah memfailkan muflis.

Menurut Harvard Business Review, Kodak memfailkan perlindungan kebangkrapan pada 2012, menjual patennya sebelum muncul semula sebagai syarikat kecil pada tahun 2013.

Muzium Kebangsaan Sejarah Amerika Smithsonian kini memamerkan kamera digital pertama yang dicipta oleh Steven Sasson. Dia dianugerahkan Pingat Teknologi dan Inovasi Kebangsaan pada tahun 2009.

BACA:   Malaysia tuan rumah sukan Komanvel 2026 selepas Australia tarik diri