Permata paling berharga Sarawak sudah tiada! Rakyat Sarawak luah rasa sedih

Dikenali sebagai ‘Sea Stack’, ianya merupakan batu ikonik di Taman Negara Bako yang menjadi tarikan pengunjung di sana dan boleh dianggap sebagai salah satu khazanah geologi negara.

Baru-baru ini dilaporkan bahawa batu ikonik yang seakan-akan ular itu telah runtuh dan punca runtuhan dipercayai berlaku disebabkan ombak besar.

Terkesan Dengan Hakisan, Tarikan Ikonik Elephant Trunk Rock Di Taiwan Runtuh

Permata paling berharga Sarawak sudah tiada! Rakyat Sarawak luah rasa sedih

‘Langsung Tak Ada Apa’ – Lelaki Ini Luah Rasa Marah Dikenakan Caj RM5 Sekepala Memasuki Pantai Trombol, Sarawak

Susulan itu, orang ramai yang pernah berkunjung ke Taman Negara Bako berkongsi kesedihan mereka apabila salah satu batu itu telah runtuh.

Malah, para netizen juga berkongsi kenangan mereka melihat mercu tanda Sea Stack itu dan gambar-gambar mereka apabila mereka berkunjung ke sana.

Segelintir netizen yang belum pernah berkunjung berasa sedih kerana belum sempat melihat depan mata tetapi sudah runtuh. Untuk pengetahuan anda, pembentukan batu tersebut adalah kesan daripada pergerakan gelombang ombak laut selama beratus-ratus tahun.

@eltv39 Capture everything😭😭 sik sgka sea stack sikda gik. Nasib smpt ngga depan-depan 🫠☹️ #bakonationalpark #seastack #bako ♬ Capture Everything – Chad Gerber

Baca juga: Cara orang tua dulu bersihkan tandas, tak perlu guna sabun pencuci pun