Perkhidmatan offline, CIMB saran tangguh transaksi online

Perkhidmatan offline, CIMB saran tangguh transaksi online

Perkhidmatan offline, CIMB saran tangguh transaksi online. Para pelanggan CIMB Malaysia disarankan agar tidak melakukan transaksi perbankan secara dalam talian buat sementara waktu.

CIMB Malaysia dalam kenyataan memaklumkan bahawa terdapat gangguan perkhidmatan sementara bagi mereka yang melakukan transaksi tersebut.

“Sementara kami berusaha untuk memulihkan perkhidmatan, kami sarankan anda untuk menangguh transaksi perbankan anda,” katanya di Facebook hari ini.

Perkhidmatan offline, CIMB saran tangguh transaksi online

Bagaimanapun, rata-rata orang ramai meluahkan sedikit kekecewaan di atas kelewatan makluman berkenaan..

“Masalah start pukul 8.30 pagi, Hubungi CIMB careline semua sibuk. Pukul 11.30 baru nk buat makluman,” seloroh wong.

“Sepatutnya you beritahu lebih awal, saya sampai keluar pergi cawangan ingat kena ‘scam’. Tetapi sampai sekarang rupanya tak selesai lagi,” luah qe qe.

BACA:

King ‘double park’ merata, sudahnya tong sampah naik atas bumbung

Wanita dedah suaminya sudah 5 tahun diculik, bawa lari ke Thailand

Sifu pertanian ini dedah kepincangan sistem pertanian negara