Perkahwinan kembali Jeniffer Lopez, Ben Affleck bikin Shila Amzah seram

Perkahwinan kembali Jeniffer Lopez, Ben Affleck bikin Shila Amzah seram

Perkahwinan kembali Jeniffer Lopez, Ben Affleck bikin Shila Amzah seram. Baru – baru ini hangat diperkatakan dikalangan netizen yang mengusik mahu melihat Shila Amzah dan pelakon terkenal Sharnaaz Ahmad kembali menjalinkan hubungan cinta.

Walaubagaimanapun Shila menolak untuk kembali bercinta seperti dulu, serta meminta peminat mendoakan yang baik-baik sahaja untuk kebahagiaan masing-masing.

Dalam satu hantaran peminat menyatakan bahawa artis antarabangsa Jeniffer Lopez akhirnya berkahwin dengan bekas teman lelakinya, Ben Affleck.

Kata peminat itu lagi firasatnya mengatakan yang Shila dan Sharnaaz mampu kembali bersama seperti JLo dan Ben.

Terbaru, perkongsian Insta Story Shila sekali lagi menjadi perhatian apabila ada peminat bertanyakan soalan kepadanya.

Perkahwinan kembali Jeniffer Lopez, Ben Affleck bikin Shila Amzah seram

Sebelum ini Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Idraki Elias pada April 2018 namun disahkan bercerai pada 8 Februari tahun ini.

Hasil dari perkahwinan tersebut , pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais kini berusia tiga tahun.

BACA:

Pelajar Universiti maut dibelasah penduduk kerana disyaki rogol nenek 100 tahun

Meerqeen dedah ada peminat dari Indonesia datang dari jauh untuk bertemu dirinya

Pemilik kafe dedah nampak kelibat seperti Zalina Azman