Percutian mewah undang kesangsian ramai, ini penjelasan Hairul Azreen

Percutian mewah undang kesangsian ramai, ini penjelasan Hairul Azreen

Percutian mewah undang kesangsian ramai, ini penjelasan Hairul Azreen. Pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mencuri perhatian ramai menerusi video percutian mereka sekeluarga ke New Zealand baru-baru ini.

Memetik laporan Boom, percutian selama 10 hari itu adalah hadiah Hairul untuk keluarganya setelah penat mencari rezeki.

“Saya sibuk bekerja dan bila ada masa, saya akan bawa keluarga bercuti. Itu saja tujuan hidup saya sekarang. Jadi saya cari duit dan kemudiannya gembirakan keluarga saya.

“Sebenarnya sebelum itu saya menjalankan penggambaran filem Bakara di Turki. Selepas tiga atau empat hari balik, saya dan Hanis merancang, lalu kami putuskan untuk ke sana,” ujarnya.

Menurut pelakon filem Paskal ini, sejak dulu lagi dia sering memberi ganjaran pada diri sendiri dan suka melakukan perkara yang menggembirakan hatinya bersama keluarga.

“Dari dulu lagi saya mempunyai prinsip begitu, sejak saya bekerja cat jalan lagi. Ketika itu, bila hari cuti saja, saya pergi mandi air terjun.

Percutian mewah undang kesangsian ramai, ini penjelasan Hairul Azreen

“Ia sebenarnya bergantung kepada diri kita, contohnya kalau gaji kita RM1,500 sebulan, kadang-kadang kita rasa kita tak mampu nak beli sesuatu dan saya pernah merasai hidup sebegitu.

“Jadi saya hanya pergi mandi air terjun, sebab tak memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Sebab nanti kita akan tertekan, kita kerja kuat untuk apa?

“Bagi yang belum berkahwin, pastinya cari duit untuk berkahwin, kemudian cari duit untuk beli rumah, dan bila sudah ada keluarga, rumah dan kereta, apa pula? Sudah tentu untuk bergembira dengan keluarga,” katanya.

Menjawab kesangsian umum tentang kemewahan miliknya, disamping berlakon, Hairul juga melakukan pekerjaan yang lain.

“Biarlah orang tahu saya berlakon sahaja. Saya juga ada melakukan kerja lain, tapi tak perlulah saya bercerita. Seperti hari ini saya hadir ke Manic Studio sebagai duta untuk studio ini dan pada masa sama mengajak orang ramai untuk bersukan,” katanya.

Terdahulu, Hairul mencuri perhatian netizen menerusi percutian mewah di beberapa buah negara antaranya Maldives, London dan Australia, termasuk menaiki jet peribadi bersama jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan.

BACA:

Aksi cium dengan Elizabeth tan, Jay Izwazir dedah apa berlaku

Ramai terkejut dengan pengumuman Jep ini, tak sangka..