Perasan tak dua tiga hari ni ramai yang komplen bil melambung? Diam-diam TNB ada naikkan tarif elektrik ke? Ini ceritanya
Perasan tak dua tiga hari ni ramai yang komplen bil melambung? Diam-diam TNB ada naikkan tarif elektrik ke??
Lek luh. Aku nak share info yang mungkin boleh buka minda kita semua. Rasa nak fakta atau terasa nak jimatkan bil, korang bacalah sampai habis.
Jangan risau. Tak ada link shopi.
Ok. First sekali aku nak bagitahu yang cuaca sekarang ni bapak gila panas. Sampai tahap bangun pagi, habis basah lencun bermandi peluh. Tapi itu mungkin untuk orang macam aku. Jenis yang lebih suka pakai kipas angin kat rumah (padahal nak jimat).
Aku yakin, boleh dikatakan kebanyakan manusia hari ini ada air-cond dekat rumah. Cuma tak ramai tahu bila suhu semakin panas atau terlampau panas, kompressor air-cond akan berjalan semakin ligan nak sejukkan suhu bilik. Semakin laju kompressor berjalan, semakin kuat ia akan tarik karen.
Sebab itu bil melambung walaupun korang cakap korang guna macam biasa atau kurang daripada kebiasaan.
Tapi sebelum aku lanjutkan tulisan, aku nak mintak korang fahami dahulu bagaimana kompressor air-cond berfungsi. Berapa banyak karen yang ia tarik untuk pastikan suhu bilik sejuk seperti mana yang kita setting. Kalau korang tak faham tugas benda alah ni, aku cakap la macam mana pun tetap orang akan cakap,
“Ah mengarut. Aku guna macam biasa lah. Apehal pulak bil naik..”
Dapat 1 point?
Contoh lain kenapa bil korang melambung adalah disebabkan kita pakai penapis air yang ada water heater.
Even tak guna sekali pun, hakikatnya elektrik tetap akan berjalan sebab dia nak kekalkan suhu dalam tangki air panas. Lagi kerap kita guna air panas, makin tinggi lah penggunaan elektrik.
Macam bil rumah aku sendiri. Sebelum ni anggaran purata Rm40 lebih je. Lepas pakai penapis air, terus naik dalam lingkungan Rm80 sebulan. Ini cerita beberapa tahun lepas. Tak ada kena dengan bil aku sekarang pun. Tapi bagi yang baru pasang tak sampai 2 3 bulan, inilah puncanya. Tak percaya? Korang off lah bahagian pemanas air tu selama sebulan.
•
Sebenarnya terlalu banyak punca bil kita melambung tanpa TNB perlu menaikkan tarif. TERLALU BANYAK. Dan isu ini pun bukan baru hari ni berlaku, dah banyak kali jadi. Setiap kali musim panas, mesti keluar skrip sama nak salahkan TNB.
Oh ya. Aku suka guna contoh diatas kerana KEBANYAKAN orang hari ini hadapi punca yang sama, terutama pengguna yang pakai air-cond. Nak tambah contoh peti ais, takut jadi panjang sangat. Kalau info yang aku aku kongsi kat atas pun korang tak percaya, aku syorkan korang cubalah buat ujikaji seperti dibawah:
•
First step adalah korang buka air-cond pada waktu siang. Sebelum on, catat dahulu bacaan pada meter TNB. Selepas 1 jam, off. Catat bacaan akhir.
Kemudian buat step yang sama pada malam hari. Nak lagi ok, pastikan bilik tak ada langsung rasa bahang. Cool jer.
Insha Allah korang boleh nampak perbezaan bacaan meter TNB antara waktu panas dengan waktu sejuk.
Bagi yang tiada air-cond macam aku ni pulak, korang boleh cuba test pada peralatan elektrik dirumah. Dengan syarat, on satu persatu.
Contoh. Sebelum nak on dan test pada TV, catat dahulu bacaan meter dan pastikan semua yang lain seperti peti ais, radio, segala jenis alat berkait elektrik ditutup.
Buka dalam beberapa minit (rasanya 2 minit dah cukup kot), kemudian ambil bacaan. Buat perkara yang sama pada peralatan seterusnya lain sampailah korang dapat bacaan mana paling tinggi.
Jangan pelik bila aku cakap, kondisi peralatan yang uzur atau rosak pun jadi buat bacaan meter tinggi.
Seterusnya. 2 ke 3 alat paling tinggi bacaan tu kalau boleh jangan guna langsung. Cukup sebulan, korang tunggu bil sampai untuk dapatkan result.
•
Oh ya. Ini tips paling penting. Kalau rasa nak jimat sangat, jangan pernah berangan nak beli Iron Steam atau Seterika Wap.
Benda tu sekali korang on, lagi parah berbanding kita on 4 5 biji air cond serentak yer. Pasal pernah jadi dekat jiran aku sendiri. Bil daripada 100 lebih melambung 500-600 gara-gara hari-hari pakai Iron Steam.
Ok itu jelah nak cerita. Semoga bermanfaat.
BACA:
Selebriti terkenal buat ramai netizen tergamam, selamba ‘badak’ pakai seksi ketika hadiri majlis