Perasaan hancur kerana gigi kuning, lelaki ini kecewa ketika ‘dating’ pertama kali

Perasaan hancur kerana gigi kuning, lelaki ini kecewa ketika 'dating' pertama kali

Perasaan hancur kerana gigi kuning, lelaki ini kecewa ketika ‘dating’ pertama kali. Jatuh cinta pandang pertama merupakan suatu perkara yang sangat indah boleh berlaku untuk ramai orang. Mana taknya, dari mata turun ke hati. Kan seronok macam tu. Sudah semestinya, mesti ada antara kita yang ada pengalaman jatuh cinta pandang pertama dengan pasangan masing-masing kan. Pengalaman macam ni la yang banyak pasangan akan ingat sepanjang hidup ya.

Selain daripada itu, tak kurang juga ada yang terpaku apabila melihat kecantikan gadis atau teruna di luar sana dek kerana mata yang menawan. Inilah yang berlaku kepada seorang pemuda bernama Khai.

32 tahun membujang, Khai memutuskan untuk mencari suri hati. Dia beranikan diri untuk ke satu sesi blind date yang dah diaturkan sahabatnya sendiri.

“Debarnya. Mesti lawa..”

Sejak di ‘matchmake’ oleh sahabatnya, Khai sempat membelek gambar gadis berkenaan di media sosial. Memang cantik orangnya. Manis senyumnya.

Perasaan hancur kerana gigi kuning, lelaki ini kecewa ketika 'dating' pertama kali

Sebabkan tu, jadi tak sabar-sabar la Khai nak jumpa depan-depan. Pertama kali date, restoran hipster jadi pilihan.

Bila Khai nampak si dia jalan dari jauh, berdegup kencang jantungnya. Selangkah demi selangkah, si gadis pun menghampiri dan duduk berhadapan dengan Khai. Bila si dia buka sahaja topeng muka, fuh terserlah kecantikan si gadis tu. Khai pun ‘cair’ terbuai kemanisan si wanita pujaan. Namun semuanya hanya sementara…

Bila si dia buka je mulut nak bercakap, hancur harapan! Gigi kuning rupanya. Kuning biasa takpa lagi, tapi kuningnya dah macam tak gosok gigi lima hari. Apa lagi, tersenyum kelat lah si Khai sepanjang date tu. Nak ditegur, baru pertama kali berjumpa. Serba salah dibuatnya.

Haa, korang jangan pula jadi macam tu. Mesti malu kantoi hari pertama berjumpa dengan si dia.

2 minggu sebelum berjumpa si dia, pastikan korang dah ‘sental’ gigi setiap hari dengan Systema. Sebabnya, Systema 3D Ultra White ni boleh bantu putihkan gigi korang dalam tempoh 2 minggu.

Kalau nak tahu, Systema 3D Ultra White ni boleh menyingkikan kotoran 10X lebih berkesan namun lembut pada gusi dan gigi menjadi lebih putih dalam dua minggu (berdasarkan ujian klinikal di Jepun)! Jadi korang tak perlu bayar mahal-mahal lagi untuk dapatkan gigi yang putih.

“Semua berus gigi sama je”

Systema 3D Ultra White ni adalah hasil inovasi khas untuk membantu membersihkan dan putihkan gigi lebih berkesan namun lembut pada gusi. Jom tengok kelebihannya.

  • Berus gigi pemutih pertama di Malaysia yang menggunakan kombinasi teknologi Elastomer dan bulu berus 3 dimensi multi-action
  • Kebolehan untuk menghilangkan kotoran di gigi sebanyak 10X tapi masih lembut di gusi.
  • Gigi lebih putih dalam 2 minggu.
  • Berus gigi tirus ukuran 0.02mm untuk membolehkan tindakan pembersihan menyeluruh di kawasan yang sukar dicapai.

Sebagai konklusi, penjagaan gigi and gusi ni penting sebenarnya. Bukan je untuk kecantikan, tapi sebenarnya kesihatan juga. Kalau gigi atau gusi sakit, kita juga yang terseksa. Sampai nak tidur malam pun tak lena. Ingat, kita nak guna gigi ni sampai tua, sampai hujung nyawa. Jadi hargailah selagi ada.

Untuk dapatkan berus gigi yang dapat menghilangkan kotoran di gigi sebanyak 10X tapi masih lembut di gusi klik sini. Untuk maklumat lanjut berkenaan Systema 3D Ultra White, klik sini.

BACA:

Kes culik ejen kosmetik: ‘Insya-Allah kita akan terima berita baik’ – Polis Kelantan

Jual jam tiruan atas talian, peniaga ditahan

‘Akhirnya kebenaran terbukti jua walaupun saya diaib dan dimalukan’ – Zahid Hamidi