Perancis Hentikan Jualan Iphone 12, rupanya ni punca sebenar

Agensi pengawal selia Perancis mengarahkan jualan telefon pintar iPhone 12 dihentikan

Pada hari yang sama Apple melancarkan model iPhone 15 di Cupertino, California, lapor laman berita Wion News hari ini.

Badan pemantau radiasi ANFR menuntut pemberhentian jualan itu dengan menyatakan bahawa telefon model tersebut mengeluarkan terlalu banyak radiasi elektromagnet.

Perancis Hentikan Jualan Iphone 12, rupanya ni punca sebenar

Menteri Peralihan Digital dan Telekomunikasi Perancis, Jean-Noel Barrot memberitahu akhbar Le Parisien bahawa ANFR telah menjalankan ujian yang mendapati Kadar

Penyerapan Khusus (SAR) model telefon pintar itu sedikit tinggi daripada apa yang dibenarkan undang-undang.

Badan pemerhati itu berkata, makmal bertauliah mendapati penyerapan tenaga elektromagnet adalah pada 5.74 watt sekilogram (kg) semasa ujian dijalankan iaitu apabila model tersebut dipegang atau disimpan di dalam poket.

Penyerapan khusus mengikut piawaian di Eropah ialah 4.0 watt bagi setiap satu kg dalam ujian seumpama itu.

Susuan itu, ANFR berkata, ia mengarahkan Apple untuk menarik semula penjualan iPhone 12 daripada pasaran Perancis bermula semalam.

BACA: “Aku mangsa cinta suami orang, aku nekad buat report tapi saat jumpa isterinya aku terkedu, hidup-hidup aku ditipu”