Penyatuan ummah bukan hak eksklusif PAS dan UMNO sahaja – Ketua Pemuda PAS

Ketua Pemuda PAS, Senator Ir. Khairil Nizam menyanggah Ketua Pemuda UMNO, Dr. Asyraf Wajdi yang melabel “kawan khianat” dalam penyatuan ummah.

Walaupun tidak meletakkan nama Dr. Asyraf namun rata-rata mengaitkan dengan Ketua Pemuda UMNO yang secara terang “membantai” PAS dalam Persidangan Agung UMNO.

Ir. Khairil turut memuat naik beberapa terjemahan ayat Al Quran.

“Adakah orang yang mengetahui bahawasanya apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanya orang-orang yang berakal (ulul Albab) saja yang dapat mengambil pelajaran.”

“Iaitu orang-orang yang memenuhi janji Allah dan tidak mencabuli perjanjian”. Surah Ar-Ra’d, ayat 19-20.

Kata Ibnu Kathir mengenai ayat ini, mereka ini tidak sama dengan orang-orang munafik yang apabila seseorang dari mereka mengadakan perjanjian, maka mencabulinya, apabila bersengketa, mereka curangi, apabila berbicara, mereka berdusta dan apabila dipercayai, mereka khianat.

“Dan mereka yang menghubungkan apa-apa yang Allah perintahkan supaya dihubungkan (menjaga silaturrahim), dan mereka takut kepada Tuhannya dan takut kepada hisab yang buruk”.

COMMENTS

Wordpress (0)