Penyampai berita tersasul sebut ‘silakan sayang’ waktu tengah live

Penyampai berita tersasul sebut 'silakan sayang' waktu tengah live

Penyampai berita tersasul sebut ‘silakan sayang’ waktu tengah live. Berpeluang menyampaikan berita bersama suami tercinta sudah tentu menjadi antara momen indah bagi personaliti TV, jika pasangan mereka turut bekerja di bawah stesen sama.

Itu dirasai seorang pembaca berita RTM, Samsia Samsi apabila bertugas pada slot sama dengan suaminya Nazrie Fahmie yang juga penyampai segmen sukan.

Menerusi rakaman video di TikTok, Samsia mengakui terkejut apabila suaminya menyebut perkataan ‘silakan sayang’ ketika menyerahkan tugas kepadanya bagi menerangkan isu pembuangan sampah di negeri Selangor.

Sampai tersasul husband panggil nama kita.

Penyampai berita tersasul sebut 'silakan sayang' waktu tengah live

Selain Samsia, penonton yang menyaksikan berita tersebut turut mendengar perkataan yang sama. Justeru, mereka mula memuji pasangan terbabit yang dilihat ‘sweet’ meskipun sedang memikul tanggungjawab sebagai penyampai berita. Namun begitu, Samsia menjelaskan bahawa suaminya menyebut nama pendeknya iaitu ‘silakan Sam’ dan bukan ‘sayang’ seperti didengari netizen.

@samsiasamsisampai tersasul husband panggil nama kita 🙈

♬ original sound – samsiasamsi

BACA:

Dipanggil hamlau, Aliff Syukri kecewa dengan Awie

Kes duit hilang RM11,688 dari akaun Public Bank, penerima duit tampil buat penjelasan