Penyakit ‘jilatan jin’, asal maghrib je naik gatal-gatal sampai bengkak, ini penjelasan pakar perubatan

Penyakit 'jilatan jin', asal maghrib je naik gatal-gatal sampai bengkak, ini penjelasan pakar perubatan

Penyakit ‘jilatan jin’, asal maghrib je naik gatal-gatal sampai bengkak, ini penjelasan pakar perubatan. Gegata: Gatal Yang Tidak Terkata
Siapa pernah kena tompok-tompok besar yang sangat gatal? Sekiranya pernah, semestinya anda maklum betapa resahnya mengalami keadaan sedemikian, sebab gatalnya bukan boleh bawa bincang!

Nama penyakit ini ‘urticaria’. Dalam Bahasa Malaysia, dipanggil ‘gegata’. Ada yang panggil ‘sopak garam’. Kenapa sopak garam? Ada orang beritahu saya kerana kepercayaan kalau kena penyakit ini sapukan garam di atasnya, gatal-gatal itu akan reda. Sekarang gegata disebut penyakit kena jilat jin. Haaa…begitu pula? Mistik sungguh 🤦‍♀️

Jadi, apa itu gegata?
Gegata terjadi apabila tubuh kita merembeskan histamin dan beberapa bahan lain menyebabkan cecair dibocorkan dari saluran darah ke lapisan dermis kulit. Faktor ini membawa kepada kebengkakan kulit dan kegatalan yang melampau.

Sekiranya gegata berlaku dalam tempoh kurang daripada enam minggu, keadaan itu dipanggil ‘acute urticaria’. Sekiranya lebih daripada enam minggu, ia dikenali sebagai ‘chronic urticaria’.
Gegata mungkin terjadi akibat beberapa faktor pencetus seperti haba, makanan atau ubatan, jangkitan virus atau stress. Keadaan ini lebih menjurus kepada ‘acute urticaria’.
Sekiranya gegata berlaku akibat tekanan/calaran pada kulit dan mengikut corak calar tersebut, keadaan itu dipanggil ‘dermographism’. Anda boleh ‘lukis’ di badan pesakit dan corak gegata akan ikut lukisan tersebut!

Ada juga gegata yang merupakan simptom kepada penyakit lain seperti penyakit thyroid, penyakit autoimmune, serta penyakit-penyakit kronik yang lain.
Untuk penyakit gegata yang kronik, hampir 90% tidak diketahui pencetusnya. Situasi tersebut kita gelarkan ‘spontaneous urticaria’
Gegata bersifat ‘migratory’; yakni bermaksud tompok-tompok gatal tersebut berpindah randah dari satu bahagian tubuh ke satu bahagian lain. Dan tidak diam di satu bahagian lebih daripada 24 jam, serta hilang tanpa sebarang parut.

Penyakit 'jilatan jin', asal maghrib je naik gatal-gatal sampai bengkak, ini penjelasan pakar perubatan

Sekiranya gegata yang pesakit alami tidak memenuhi kriteria-kriteria di atas (tidak berpindah, lebih 24 jam di satu-satu tempat, berparut) maka penyakit lain seperti ‘urticarial vasculitis’ akan disyaki dan kemungkinan penyiasatan lanjut termasuk biopsy kulit perlu dilakukan.
Jadi, apa yang harus kita lakukan sekiranya menghidap gegata?

Gegata dirawat menggunakan ubat ‘antihistamine’. Ada banyak jenis ubat antihistamine di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan seperti Loratadine, Pitiron, Cetirizine (zyrtec), Desloratadine (Aerius).
Kunci kepada rawatan gegata- sabar. Slow and steady. Ubat-ubat ini perlu dimakan secara konsisten untuk menampakkan kesan. Dan penampakkan kesan itu akan berlaku dengan perlahan; tompok-tompok akan lebih kecil, gegata akan muncul dalam tempoh yang lebih singkat, kegatalan akan berkurangan tetapi semua itu mungkin mengambil masa beberapa hari.

Sekiranya perlu; doktor akan menaikkan dos atau menambah ubat jenis lain untuk mencapai hasil yang dikehendaki. Jangan memandai menambah dos sendiri! Sila bertemu doktor untuk rawatan dan pemantauan yang betul.
Sekiranya anda mengesyaki gegata itu disebabkan faktor-faktor tertentu terutamanya apabila ianya berlaku berulangkali, anda mungkin disuruh oleh doktor untuk menyimpan diari. Sekiranya yang disyaki adalah makanan, catat apa yang anda makan setiap hari, dan bila anda terkena gegata. Diari itu akan disemak untuk melihat samada ada kaitan antara episod gegata dengan faktor yang disyaki tersebut.

Sekiranya anda terkena gegata yang kronik, doktor akan mengambil ujian darah untuk memastikan tiada penyakit lain yang menyebabkan gegata tersebut. Ubat antihistamine akan diberikan selagimana gegata itu masih ada, dan akan dikurangkan atau ditambah dos sesuai dengan keadaan penyakit pada setiap temujanji.

Sekiranya gegata disusuli dengan pembengkakan mulut atau mata, sesak nafas atau perubahan suara, segera ke hospital kerana itu menunjukkan bahawa pembengkakan juga berlaku di bahagian dalam badan dan mungkin juga menutup salur pernafasan!
Tiada yang mistik mengenai gegata. Gegata adalah satu penyakit yang ada rawatannya. Yang penting, ikut arahan pemakanan ubat dan jangan sapu benda pelik-pelik di tubuh.

BACA:

Hanya perlu SPM, ini jawatan kosong di KPTM, mohon sekarang

Sudah lapor JPP tapi tiada tindakan, Afdlin Shauki buat laporan polis berkaitan pemilihan PKR

Ini rahsia masak sambal nasi lemak yang ‘power’, dijamin sedap giler

 

COMMENTS

Wordpress (0)