Penuh satu badan, pengantin terima hadiah barang kemas dari tetamu

Penuh satu badan, pengantin terima hadiah barang kemas dari tetamu

Penuh satu badan, pengantin terima hadiah barang kemas dari tetamu. Satu pasangan pengantin baharu di Bach Ninh, Vietnam menjadi tular apabila mengenakan perhiasan barangan kemas yang sarat seperti golongan bangsawan, lapor laman Wolipop.

Menurut rakan keluarga tersebut, semua perhiasan itu dihadiahkan oleh tetamu yang terdiri daripada kerabat diraja yang kaya-raya.

Pengantin dikatakan menerima beratus-ratus utas gelang serta rantai emas semasa majlis perkahwinan mereka dan memakai kesemuanya serentak.

Pernikahan tersebut berlangsung pada 10 Jun lalu di kampung Dong Cao, daerah Phong Khe.

Penuh satu badan, pengantin terima hadiah barang kemas dari tetamu

“Keluarga pengantin termasuk dalam golongan kaya di daerah itu. Jadi, sempena meraikan perkahwinan, pasangan itu menerima banyak hadiah termasuk gelang dan cincin emas,” ujar seorang rakan pengantin perempuan.

Berdasarkan komen netizen, ini bukan kali pertama majlis perkahwinan mewah berlangsung di Bach Ninh kerana kawasan itu sememangnya digelar sebagai pusat kediaman elit.

BACA:

Wanita didakwa hina Islam dibenarkan untuk diikat jamin

Isu tuntutan waris Kesultanan Sulu, peguam ini sekolahkan Najib

Wanita ‘hafal 15 juzuk’ didakwa kerana hina Islam