Peniaga Wanita ‘Kantoi’ Calit Makanan Pada Alat Sulit Berkali-Kali, Patutlah Laku Keras!

Rakaman seorang peniaga yang didakwa melakukan ritual aneh ketika berniaga mengundang bualan hangat orang ramai.

Mana tidaknya, peniaga wanita itu seolah-olah menyapu makanan yang dijualnya, pada kemaluannya sendiri.

Dia didakwa melakukan perkara itu bagi melariskan jualannya.

Peniaga Wanita 'Kantoi' Calit Makanan Pada Alat Sulit Berkali-Kali, Patutlah Laku Keras!
Aksi pelik peniaga wanita itu dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dari rumah seorang penduduk.

Rakaman tersebut menunjukkan wanita berkenaan memberhentikan gerai bergerak miliknya di tepi jalan.

Ketika menyusun barang niaga, peniaga itu dilihat beberapa kali memasukkan makanan ke bahagian alat sulitnya.

Sebelum melakukan perbuatan yang menjijikkan itu, dia terlebih dahulu memerhati keadaan sekeliling.

Bukan sekali, tetapi peniaga wanita itu melakukannya berulang kali.

Sebagai peringatan, perbuatan seperti mendapatkan khidmat bomoh dan sihir ditegah dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya.

BACA: Influencer nak cuba bunyi dan ketahanan kasut mewah, tapi lain netizen perasan