Seorang lelaki telah menarik perhatian netizen apabila dengan penuh tekad dan usaha, beliau berjaya menyiapkan sebuah rumah bergaya English tanpa bantuan orang lain.
Melalui perkongsian di TikTok @abangmurtabak, lelaki ini berkongsi pengalamannya selepas terpaksa membina rumah tersebut kerana gagal mendapatkan rumah sewa dan menerima notis keluar dari tempat tinggal sebelumnya.
Lokasi Strategik Dan Fasiliti Lengkap, Pangsapuri Di Johor Bahru Ini Ditawar Baucar Sehingga RM238,800
“Nak beli rumah tak sanggup tanggung hutang, umur dah dekat 40 tahun. Nekad beli mesin bancuh simen. Buat sendiri,” ujar Ami.
Difahamkan beliau telah memulakan pembinaan rumah ini di atas tanah Felda, bersebelahan kediaman keluarga mentua dan iparnya.
Ami tidak bermula dengan membina rumah sepenuhnya, tetapi dia menggantikan sebuah garaj terlebih dahulu.
“Projek pertama, ganti garaj. Semua benda belajar dekat sini. Tak ada basic langsung. Buat sahaja ikut YouTube,” katanya.
Selepas itu, barulah beliau memulakan projek sebenar membina rumah bergaya English.
@abangmurtabak Buat stor guna besi c-channel part 2 #diy #rumahbesi #cchannel #besibiru #cementboard #primaplank #sheraplank #fyp ♬ bunyi asal ムクリズ – mukriz_sya
Pada awalnya, Ami sempat merasa ingin menyerah, namun setelah berjaya menyiapkan bahagian dinding dalam rumah tersebut, semangatnya terus berkobar untuk menyiapkan seluruh rumah dengan tangannya sendiri.
Banyak netizen yang berkongsi komen menyatakan hasrat mereka untuk membangunkan rumah di atas tanah sendiri.
Pada masa yang sama, mereka memberikan pujian kepada hasil kerja Ami walaupun beliau hanya mempelajari teknik pembinaan melalui YouTube dan cuba-cuba sahaja.
Baca juga:Wanita kongsi petua gosok baju sekolah guna air panas, ringan sikit beban mak ayah lepas ni