Peniaga Jual ‘Thai Omellete’ RM13, Ini Penjelasannya hb uat netizen tak puas hati

Di TikTok, kecoh diperkatakan mengenai menu ‘Thai Omellete’ yang dikatakan dijual dengan harga yang tak logik.

Difahamkan, sebelum ini menu itu dijual dengan harga RM8 kini dinaikkan kepada RM13

Di ruangan komen, orang ramai mempersoalkan mengenai kenaikan harga tersebut. Kata netizen, untuk tiga biji telur ianya sangatlah mahal.

 Peniaga Jual ‘Thai Omellete’ RM13, Ini Penjelasannya hb uat netizen tak puas hati

Menjelaskan isu tersebut, peniaga ini berkata, harga yang diletakkan adalah terbaik selepas mempertimbangkan semua kos.

@daniasedek Replying to @. ♬ original sound – Dania Sedek

Bahan-bahan yang digunakan adalah telur gred AA sebanyak 3 biji, cili padi merah dan hijau, daun bawang, Thai basil, bawang ros, sos ikan Thai dan bahan perasa.

Telur dadar itu kemudian dihidangkan dengan taugeh Ipoh yang segar dan sos Prik Nam Pla.

telur

Katanya, bagi peminat ‘Thai Omellete’, mereka pasti akan berpuas hati dengan menu ‘Omellete Thai Witk Prik Nam Pla’ yang dijualnya.

Penjelasan itu bagaimanapun tidak disambut baik netizen.

Mereka tetap merasakan ianya tak masuk akal melainkan telur ditambah protein lain seperti udang atau tiram.

BACA:Kak KM Respon padu Isu Abang Tesla, “Tengok Betina Sana Sini” Anggap Lelaki Tak Boleh Ada Duit