Pengunjung kongsi pengalaman tidur tegak macam mayat di hotel Cameron Highland

Pengunjung kongsi pengalaman tidur tegak macam mayat di hotel Cameron Highland

Pengunjung kongsi pengalaman tidur tegak macam mayat di hotel Cameron Highland. CAMERON Highlands pastinya menjadi destinasi pilihan jika menginginkan tempat percutian dingin.

Dengan bajet yang rendah, pengunjung berpeluang merasai iklim cuaca nyaman ala-ala Eropah.

Namun begitu, musim cuti sekolah dengan pengunjung berkepadatan tinggi mungkin menyebabkan sesetengah tempat penginapan tidak menang tangan untuk mengekalkan tahap kualiti yang sepatutnya.

Hantaran asal di laman Facebook.

Melalui satu hantaran di Facebook Hotel Review Malaysia, seorang pengunjung berasa terkilan kerana keadaan bilik penginapannya yang kurang memuaskan.

“Tempat tinggal kami di hotel ini adalah sangat mengecewakan!

“Kami mendaftar masuk pada pukul 3:30 petang, kami letakkan bagasi dan berehat seketika sebelum keluar bersiar-siar sekejap.

“Kami pulang semula ke bilik pada pukul 10 malam selepas kami selesai makan malam,” kata lelaki itu.

Pengunjung kongsi pengalaman tidur tegak macam mayat di hotel Cameron Highland

Ceritanya lagi, ketika hendak merebahkan badan di atas katil, betapa terkejutnya dia apabila mendapati tompokan darah pada cadar.

“Ini sangat meloyakan dan tidak boleh di terima. Untuk kami kebersihan adalah segala-galanya.

“Cadar dan sarung bantal pun yang lama punya, tidak diganti. Lepas tu cerek air yang kotor dan berhabuk menyebabkan jelek mata memandang.

Mak saya pernah kena kacau masa stay situ… benda tu main pintu semalaman.
WARGA MAYA

“Tidak menepati tahap hotel empat bintang dan ia menelan kos RM431 semalam untuk tinggal di hotel ini,” ujar lelaki berkenaan penuh kekecewaan.

Dia mengingatkan pengunjung yang lain untuk tidak pergi ke hotel tersebut kerana penjagaan tahap kebersihannya yang sambil lewa.

“Saya tidak akan mengesyorkan hotel ini kepada sesiapa pun, tidak akan pernah sesekali,” katanya menutup bicara.

Laman Facebook itu semangnya dikhaskan untuk membuat ulasan berkaitan pusat penginapan di serata Malaysia.

Cerek air yang didakwa dipenuhi habuk dan kelihatan kotor.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya berkongikan pengalaman peribadi mereka sepanjang bermalam di hotel berkenaan.

“Saya memang stay dekat sini tetapi memang tak pernah kena macam ini lagi,” kata seorang warga maya terkejut kerana pusat peranginan tersebut seperti telah merudum dalam tahap kualitinya.

Pemilik hantaran itu seterusnya membalas komen tersebut dengan mengatakan dia juga sudah beberapa kali menginap di situ dan ini pertama kali kejadian sedemikian berlaku.

“Yes, saya juga dah beberapa kali duduk di sini tetapi ini pertama kali jadi macam ni.

Cadar katil juga didapati koyak.

“Tapi still, darah kot atas katil tu, memang geli,” kata lelaki berkenaan.

Lebih menarik apabila seorang netizen mengambil peluang yang terhidang untuk berkongsikan kisah seram di pusat penginapan tersebut.

“Mak saya pernah kena kacau masa stay situ. Benda tu main pintu semalaman. Dengan tiba-tiba telefon tak ada isyarat.

“Nak keluar pintu bilik tak boleh buka. Sejak daripada tu memang dah tak stay situ,” kata warga maya itu serik dengan pengalaman mistik tersebut.

 

Antara komen netizen.

Manakala warga maya yang lain memberikan peringatan untuk terus membuat aduan kepada pihak hotel jika menemui cadar yang kotor.

“Kalau ada kesan macam ni better kita complaint siap-siap dekat pihak hotel.

“Sebab silap-silap nanti dia akan charge kononnya kita yang kotorkan cadar tu. Saya waktu kena tu malas nak complaint.

“Sekali kami yang dituduh buat kotor waktu nak check-out dan mereka minta saya bayar. Saya memang lawan balik tak nak bayar,” kata netizen itu.

BACA:

Pelik dan kelakar, 55 nama sekolah di Malaysia ini jadi tumpuan

Netizen gelihati lihat Fizz Fairuz menyakat Khiriah, “Kuat melatah”