Pengganti Proton Preve sedang dalam ujian, pengguna teruja

Pengganti Proton Preve sedang dalam ujian, pengguna teruja

Pengganti Proton Preve sedang dalam ujian, pengguna teruja. Nampaknya, ini kali pertama Proton mengeluarkan bakal ‘senjata baharu’ mereka iaitu sebuah model sedan yang berasaskan Geely Emgrand generasi keempat (namakod SS11).

Foto model yang bakal menjadi pengganti Prevé itu telah dikongsikan oleh rakan media di Paultan.org sebentar tadi. Ia telah dirakam oleh pembaca mereka, iaitu Darren Lee.

Meskipun ia dirakam dari jarak yang agak jauh dan unit ujian ini masih sarat dengan pelitup celoreng, plat dagangan “B 4155 A” yang digunakan sebenarnya pernah dipakai pada unit ujian Ertiga dan X70 sebelum ini.

Mengikut perancangan awal, bakal Proton S50 (SS11) ini akan menyusul selepas pengenalan model crossover MPV, Proton X90 (namakod VX11).

Sepatutnya X90 dijadualkan pada tahun ini, namun terpaksa ditunda ke tahun berikutnya kerana Proton sedang memberi tumpuan untuk menyiapkan semua tempahan model sedia ada yang ‘masih lagi tertunggak’, selain menyelesaikan isu membabitkan rantaian bekalan.

Pengganti Proton Preve sedang dalam ujian, pengguna teruja

Dijangka Proton S50 (SS11) akan menyusul setahun selepas itu (2024) dan tidak mustahil juga ia dilancarkan lebih awal, iaitu pada penghujung tahun 2023.

Model kembarnya iaitu Geely Emgrand, berkongsi pelantar BMA bersama dengan SUV, Bin Yue (X50). Dari segi dimensi, model sedan ini berukuran 4,638 mm panjang, 1,820 mm lebar dan 1,460 mm tinggi, manakala jarak antara gandarnya 2,650 mm.

Ia dikuasakan oleh enjin petrol aspirasi normal JLC-4G15B 1.5 liter empat-silinder petrol yang mampu menjana 114 kuasa kuda dengan 147 Nm daya kilas.

Enjin ini disambungkan pula kepada transmisi CVT menerusi pacuan roda hadapan. Dikhabarkan model sedan ini mampu mencecah kelajuan tertinggi 170 km/j.

Menurut ejen Mat Bond, ada desas-desus mengatakan yang Proton bakal memperkenalkan model kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh beberapa tahun dari sekarang. Katanya, salah satu calon model EV pertama berkemungkinan datang dari segmen sedan.

Adakah model ini bakal menjadi EV pertama Proton nanti? Sama-sama kita tunggu perkembangan selanjutnya.

BACA:

Muhyiddin kantoikan Hadi, perjanjian itu didraf oleh pemimpin Pas sendiri

‘Jika ada pun saya tak kisah’, Amyza Aznan maafkan suami

Seram! Lembaga putih duduk atas kereta bergerak berjaya dirakam