Pengerusi Koperasi ditahan kerana lulus skim pelaburan saham RM720,000

Pengerusi Koperasi ditahan kerana lulus skim pelaburan saham RM720,000. Seorang lagi kakitangan sebuah koperasi di Pahang direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung salah guna kuasa dalam skim pelaburan saham berjumlah kira-kira RM720,000.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Fatinah Abu Bakar terhadap lelaki berusia 44 tahun yang juga pengurus besar koperasi berkenaan.

Lelaki terbabit ditahan semalam, selepas hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Sebelum ini, dua kakitangan koperasi sama iaitu pengurus kewangan wanita berusia 40 tahun dan eksekutif kanan kewangan lelaki berumur 49 tahun direman enam hari bermula semalam.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana menggunakan jawatan atau kuasa untuk faedah diri atau saudara-mara.

Mereka dipercayai menyalah guna kuasa bagi meluluskan skim pelaburan saham yang dikendalikan koperasi itu.

Pengerusi Koperasi ditahan kerana lulus skim pelaburan saham RM720,000

Dua kakitangan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama enam hari bermula hari ini.

Suspek pertama merupakan seorang wanita bertugas sebagai Pengurus Kewangan Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (KOSMA) manakala supsek lelaki merupakan Eksekutif Kanan Kewangan KOSMA.

Kedua-dua supsek berusia 40 dan 49 tahun ditahan bagi membantu siasatan kesalahan menyalahgunakan kuasa bagi meluluskan skim pelaburan saham yang berjumlah RM229,000 sejak tahun 2019.

Perintah reman dikemukakan oleh Pegawai Reman SPRM, Muhammad Azrul Izwan Abdul Aziz di hadapan Majistret Fatinah Abu Bakar di Mahkamah Majistret Kuantan.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua supek direman sehingga 15 Januari 2022 dan kes disiasat di bawah Saeksyen 23 Akta SPRM 2009.

BACA:

Update IG Story makan sotong, netizen syak sesuatu dengan Syamsul Yusof

Siapa Puteri Sarah? Kenali biodata dirinya