Pengemis lumpuh tiba-tiba bangun berlari waktu hujan lebat jadi bahan ketawa

Tular di media sosial Indonesia selepas video yang memaparkan aksi seorang pengemis yang berpura-pura bisu dan lumpuh berlari ketika hujan turun, lapor Detik.com.

Pengemis seorang lelaki berusia 53 tahun telah melakukan perbuatan menipunya di kawasan Pasar Kembang, (Sarkem), Yogyakarta.

Berdasarkan video yang tular itu, pengemis itu dilihat boleh berjalan seperti orang biasa. Dia kemudiannya menyeberang jalan ke laluan pejalan kaki Sarkem Jogja.

Pengemis lumpuh tiba-tiba bangun berlari waktu hujan lebat jadi bahan ketawa

Sampai sahaja ke lokasi yang ditujunya, lelaki berbaju lusuh itu segera duduk dan berpura-pura tidak boleh berjalan.

Dia juga dilihat menghulurkan bekas kosong kepada semua orang yang lalu lalang dengan harapan dapat mengumpul wang.

Bukan sahaja berpura-pura lumpuh, orang ramai yang berada di sekitar tapak itu berkata bahawa pengemis itu juga berpura-pura bisu ketika ‘bekerja’.

“Oh itu, pura-pura bisu. Ya, duduk di sana, kemudian pura-pura bisu, sambil meminta-minta,” kata seorang warga ketika ditemui wartawan di sekitar jalan Sarkem.

Penipuan pengemis itu terbongkar selepas hujan mula turun di lokasi tersebut, di mana lelaki itu dilihat boleh berdiri daripada lumpuhnya.

Lelaki itu bangun dan cepat-cepat berjalan untuk berteduh daripada ditimpa hujan. Selepas hujan berhenti, dia kembali ke lokasi asalnya dengan memaparkan gaya yang menyedihkan.

Setelah video itu tular, lelaki itu akhirnya telah ditahan oleh Polis Gedongtengen pada 9 Julai lalu.

Lelaki itu sedikit pun tidak menunjukkan gaya seperti seorang yang sedang sakit apabila disoal, malah dia mampu menjawab soalan polis dengan lancar dan jelas.

“Apabila diajak berborak dia boleh. Kakinya sihat, dia bercakap dengan jelas, dia tidak bingung, itu jelas,” kata Ketua Humas Polres Gedongtengen, Aiptu Aris Purwanto.

Sementara itu, menurut Aris, motif di sebalik penipuan itu adalah disebabkan mahu mendapat wang dengan cepat.

BACA: Tiada lagi suara Don Daniyal di masjid dan surau Selangor