Pengantin sakan berjoget cucuk langit buat tetamu turut serta tular

Pengantin sakan berjoget cucuk langit buat tetamu turut serta tular

Pengantin sakan berjoget cucuk langit buat tetamu turut serta tular.Tindakan sepasang pengantin berarak masuk ke dewan persandingan dengan aksi menggoyangkan badan seperti berada di kelab malam menerima pelbagai reaksi netizen.

Menerusi video yang tular di TikTok itu, bukan sahaja pasangan pengantin yang menari rancak, para tetamu yang hadir juga dilihat bersemangat menari mengikut rentak.

Malah, kelihatan seorang DJ lelaki sedang asyik memutarkan piring hitam seperti berada di kelab malam. Video majlis persandingan yang dikatakan berlangsung di negara jiran, Indonesia itu telah menerima lebih 1.7 juta tontonan selepas dua hari dimuat naik.

Pengantin sakan berjoget cucuk langit buat tetamu turut serta tular

Sementara itu, di bahagian komen video yang sama, ramai meluahkan rasa kecewa kerana majlis persandingan yang penuh adat itu sepatutnya dipenuhi dengan pengisian menarik.

Hilang adat. Pengantin patutnya sopan santun. Baru terserlah seri.

Siap berhijab lagi pengantin perempuan. Si suami pun boleh buat tak tahu je?

@ohbulanofficial Majlis kahwin ala-ala disco, pasangan pengantin yang menari rancak, para tetamu yang hadir juga dilihat bersemangat menari mengikut rentak! 😮 #ohbulan #fyp #viral #trendingnewsmalaysia ♬ Narco – Blasterjaxx & Timmy Trumpet

Baca :

Lelaki dibelasah isteri depan orang ramai kerana menari dengan wanita lain, sikit lagi ….

Selepas dikatakan ganggu peniaga lain Makcik nasi lemak cerita perkara sebenar