Walaupun bergelar ‘Raja Sehari’ yang cuma bersanding disaksikan tetamu undangan, sebenarnya pengantin sendiri tidak lari daripada rasa penat di hari bahagia mereka. Semua orang pasti mahukan majlis perkahwinan mereka berjalan lancar, namun terkadang perkara tidak diingini tetap boleh terjadi tanpa diduga langsung.
Sebab tu org cakap nak jadi pengantin ni kena ready mental dan fizikal, tak boleh penat
Itulah situasi yang berlaku dalam sebuah video viral ini. Seorang pengguna TikTok @Hanna Lee Simmons yang dijemput hadir ke sebuah majlis resepsi mewah tidak sengaja merakamkan detik-detik pengantin perempuan rebah di tengah-tengah acara dipercayai kerana kepenatan.
Akad nikah buat outdoor, memang panas gila
Ketika dia pengsan dan terbaring di atas lantai, mujurlah mempelai lelaki sempat menahan kakinya daripada terus menghempap tubuh wanita tersebut.
Hanna yang juga kenalan rapat berkata sebelumnya acara akad nikah pasangan ini telah dijalankan secara outdoor dan cuaca ketika itu memang agak panas.
Hasil carian lanjut mendapati, pengantin perempuan yang bernama Puan Farah Zurkanaini ini merupakan seorang usahawan dan pemilik perusahaan perabot.
@kaktonletop Sebab tu org cakap nak jadi pengantin ni kena ready mental dan fizikal,xleh penat,kne cukup tdo,xleh stress.Hari bahagia sekali jer seumur hidup,kena jaga diri ok untuk bakal2 pengantin! . #fy #fyp #xyzbca #pengantinviral #wedding ♬ original sound – Hanna Lee Simmons
Kesiannya, mesti letih sangat…Saya kahwin setengah hari pun lesu macam kenduri seminggu
Meraih lebih 1 juta tontonan, ramai netizen yang sudah berkahwin mengakui kepenatan sewaktu melangsungkan majlis persandingan. Walaupun nampak seperti tidak melakukan apa-apa, hakikatnya pengantin benar-benar letih termasuklah memikirkan banyak perkara tentang kelancaran acara.
Baca juga: Isteri mengaku curang 12 kali dengan dengan jantan lain, tapi suami tetap maafkan