Pengacara sukan buat report polis diugut peminat fanatik badminton

Pengacara sukan buat report polis diugut peminat fanatik badminton

Pengacara sukan buat report polis diugut peminat fanatik badminton. Gara-gara terima ugutan daripada peminat fanatik pemain badminton perseorangan negara, pengacara sukan, Hafizal Hamad, tekad membuat laporan polis, lapor Kosmo!.

Difahamkan, beliau membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam kelmarin setelah menerima ancaman keselamatan sewaktu mengendalikan rancangan siaran langsung di saluran Astro Arena.

“Dalam rancangan Nin Dia Pak Long, saya dan dua lagi rakan pengacara membincangkan tentang keadaan serta prestasi pemain badminton ini.

“Biasalah, kita akan cakap benda betul dan tujuannya adalah untuk menaikkan semula semangat pemain tersebut, namun ada peminat fanatiknya tidak berpuas hati dan telah ‘DM’ (masej terus) saya di sosial media.

Pengacara sukan buat report polis diugut peminat fanatik badminton

“Ugutan tersebut agak kasar dan bahaya, selepas berbincang dengan rakan-rakan serta peguam, saya dinasihatkan untuk membuat laporan polis bagi memastikan keselamatan saya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jelas pengacara sukan tanah air itu, tindakannya yang melaporkan perkara tersebut selama hampir dua jam di IPD berkenaan turut disambut baik dengan kerjasama pihak polis.

“InsyaAllah, harapnya semua selamat. Pihak polis juga beri kerjasama dan serius dalam kes ugutan ini,” katanya.

Memetik laporan Kosmo! lagi, Hafizal sebelum itu diugut oleh beberapa peminat fanatik terhadap seorang badminton negara apabila dia mengelola sebuah rancangan sukan, Nin Dia Pak Long menerusi saluran televisyen tersebut.

Difahamkan, ugutan yang dilakukan oleh salah seorang peminat sukan berkenaan menerusi media sosial Hafizal itu didakwa sebagai satu ancaman kepada diri dan keluarganya.

BACA:

Mayat remaja perempuan ditemui atas bumbung parking kondo

10 tahun menanti, akhirnya terima khabar gembira