Penerima BSH layak sertai Skim Insurans Peduli Sihat, ini manfaatnya

Penerima BSH layak sertai Skim Insurans Peduli Sihat, ini manfaatnya

Penerima BSH layak sertai Skim Insurans Peduli Sihat, ini manfaatnya.Pengenalan Skim Insurans Peduli Sihat

Di bawah Strategi Ketiga: Mewujudkan Selangor yang Selamat, Sihat dan Sejahtera, YAB Dato’ Menteri Besar telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM42.5 juta bagi Skim Insurans Peduli Sihat (SPS) yang akan memberi manfaat kepada 85,000 penerima polisi insurans.

Di bawah program Skim Insurans Peduli Sihat, pemegang polisi layak mendapat manfaat rawatan kesihatan asas setiap tahun dan perlindungan insurans asas meliputi perlindungan kematian, kemalangan dan penyakit kritikal.

Penerima BSH layak sertai Skim Insurans Peduli Sihat, ini manfaatnya

Pelaksanaan skim ini akan mengurangkan kebergantungan di klinik/hospital kerajaan di samping membantu meningkatkan tahap sosio-ekonomi keluarga berpendapatan rendah dan melindungi keluarga ini dengan manfaat insurans asas.

Manfaat Skim Insurans Peduli Sihat

Dibawah Skim Insurans Peduli Sihat ini, penerima polisi akan menerima manfaat-manfaat seperti berikut:

* Termasuk suntikan vaksin Pneumococcal, Meningococcal, Typhoid, Influenza, Hepatitis B sebanyak satu kali setiap tahun.

KRITERIA KELAYAKAN
Skim Insurans Peduli Sihat ini terbuka kepada mereka yang layak mengikut kriteria yang telah ditetapkan bagi kategori keluarga dan individu seperti berikut :

Keluarga

  1. Untuk suami dan / atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun).Warganegara Malaysia dan merupakan pengundi berdaftar di Dun Selangor.
  2. Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  3. Pendapatan isi rumah sebulan kurang daripada RM2,000
  4. Berdaftar sebagai penerima BSH dibawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin tegar di pangkalan data eKasih.

Individu

  1. Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan.
  2. Warganegara Malaysia dan merupakan pengundi berdaftar di Dun Selangor.
  3. Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  4. Pendapatan individu sebulan kurang daripada RM1,500.
  5. Berdaftar sebagai penerima BSH dibawah kategori pendapatan bawah RM2000 atau tersenarai sebagai golongan miskin tegar di pangkalan data eKasih.

BACA:

‘Gemuk punca Shuk Sahar curang’, Rossa Sera akhirnya dedah sesuatu

Pengambilan Julai 2022 : Jawatan kosong kerani, minima SPM

Kereta polis potong garisan berkembar, ini penjelasan PDRM