Penebar roti canai dicari, gaji cecah RM17,000 sebulan

Penebar roti canai dicari, gaji cecah RM17,000 sebulan. Jawatan kosong Penebar Roti Canai dibuka, gaji RM17,000 sebulan ditawar!Sebuah restoran yang menawarkan menu masakan Malaysia di Australia, RotiBar dilapor sedang mencari penebar roti canai dan menawarkan gaji yang lumayan, lapor Mothership SG.

Dalam iklan yang dipaparkan di portal Seek, RotiBar yang beroperasi di Melbourne berkata mereka menawarkan peluang pekerjaan tersebut seiring dengan perniagaan mereka yang semakin berkembang.

Walaubagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan adalah tangga gaji yang ditawarkan bagi jawatan tersebut. Berdasarkan deskripsi yang dinyatakan di portal Seek, gaji tahunan yang ditawarkan adalah diantara AUD 60,000 – 64,999 (RM 188,066 – 203,735). Ini bermakna gaji bulanan yang ditawarkan adalah diantara RM 15,672 – 16,977.

Malah, restoran berkenaan turut menawarkan kemudahan tempat tinggal dan makanan disediakan.

Penebar roti canai dicari, gaji cecah RM17,000 sebulan

Selain itu, RotiBar turut menetapkan beberapa syarat bagi mereka yang berminat untuk memohon, antaranya mempunyai pengalaman sebagai penebar roti canai dengan diwajibkan mempunyai pengetahuan asas dalam rutin berkenaan. Mereka bagaimanapun akan membekalkan latihan bagi memastikan chef yang dilantik itu menepati standard restoran yang ditetapkan.

Mereka yang berminat juga perlu bersedia untuk bekerja dibawah tekanan, bertanggungjawab dan boleh menerima arahan serta perlu memiliki permit sah untuk bekerja di Australia.

Berdasarkan semakan di portal Seek tersebut, iklan berkenaan telah dimuat naik 26 hari lalu.

BACA:

Buang kopi pelanggan dalam sinki kerana bayar guna duit 5 sen

3 kembar nekad mahu kahwini lelaki yang sama

Rahsia hilangkan kapur dalam mi kuning, mudah je..

COMMENTS

Wordpress (0)