Penduduk gempar dengan makhluk tak berkepala dan tiada kaki atas pokok

Penduduk gempar dengan makhluk tak berkepala dan tiada kaki atas pokok. Para penduduk hidup dalam ketakutan selama 2 hari gara-gara kemunculan seekor haiwan misteri bertenggek atas sebatang pohon berhampiran sebuah apartment di Krakow, Poland.

Makhluk tersebut dikatakan sudah berada di atas pohon itu selama sekitar dua hari, kewujudannya membuatkan para penghuni bertindak menutup tingkap mereka.

Susulan itu, salah seorang daripada penghuni tersebut telah melaporkan kewujudan ‘haiwan’ pelik itu kepada badan kebajikan haiwan, mendakwa spesies berwarna coklat itu telah ‘bertenggek’ di pohon berkenaan tanpa sebarang pergerakan.

Penduduk gempar dengan makhluk tak berkepala dan tiada kaki atas pokok

“Ia duduk di situ berhari-hari dan semua takut dengannya. Datang dan kutip haiwan itu,” kata pemanggil berkenaan seperti dilapor Global News.

Jelas portal itu, staf di badan kebajikan berkenaan bertanya jika haiwan itu adalah seekor burung, namun pengadu tersebut mendakwa ia kelihatan seperti iguana.

Susulan itu, pihak badan kebajikan telah hadir ke tempat kejadian bagi meneliti ‘haiwan’ misteri berkenaan.

“Kulit perangnya berkilat di bawah matahari. Kami perhatikan dengan dekat, dan ia tiada kaki atau kepala,” tulis wakil badan tersebut.

Apabila pegawai itu berkata, kemungkinan ia seekor burung yang sakit, wanita itu menafikannya, lapor Times Now News.

Penduduk gempar dengan makhluk tak berkepala dan tiada kaki atas pokok

Namun, apabila pasukan penyelamat datang ke lokasi yang diberikan penghuni tersebut, mereka menerima satu kejutan. Makhluk itu sememangnya tidak bergerak terus dan tidak memiliki kaki dan kepala.

Hasil penelitian, mereka akhirnya mendapati haiwan yang digeruni itu rupanya adalah sebiji croissant yang dipercayai dibuang untuk burung-burung, namun tersangkut di atas pokok berkenaan.

Sumber: Siakapkeli

TONTON :

BACA:

Punca sebenar Siti Bainun naik hantu dengan Bella terdedah

UPNM umum pelbagai jawatan kosong, kongsikan kepada keluarga anda

Ini bayaran sebenar bonus aidilfitri untuk pekerja Selangor mengikut kategori