Penduduk flat selfish letak pasu bunga sebagai penghadang, kurier terpaksa pusing hantar barang

Bila duduk rumah tinggi seperti apartmen atau flat, pastinya tidak boleh membuat penghadang yang menyukarkan pemilik rumah lain untuk melalui jalan tersebut.

Pengguna Facebook, Encik Aiman memuat naik hantaran mengenai situasi pemilik rumah di lot tepi yang meletakkan pasu bunga sebagai penghadang untuk rumahnya.

“Nasib kerja sebagai penghantar barang, terpaksa pusing jauh.

Keinginan nak dapat rumah lot tepi, flat belah tepi pun jadi.

“Apa kenalah dia block (halang) jalan, kalau ada kes kecemasan nanti menyusah petugas awam yang nak lalu,” ujarnya dalam hantaran di Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini.

Penduduk flat selfish letak pasu bunga sebagai penghadang, kurier terpaksa pusing hantar barang

Rata-rata warganet turut tidak berpuas hati dengan pemilik rumah yang dikatakan pentingkan diri itu.

“Beli sahaja rumah teres kalau macam tu, kesian betul aku tengok pemilik rumah flat macam ini. Selalu menyusahkan orang,” komen Muhammad Firdaus.

“Duduk flat tapi acah-acah duduk kondominium,” ujar pengguna Facebook.

“Ini kurang ajar, betul-betul selfish (pentingkan diri) punya orang,” tambah Razak Zakaria

BACA: Pengacara suka berpantun rupanya selalu langgan pelacur kaum sejenis?