Pendakwah dakwa wanita boleh kahwin tanpa wali, ramai yang kenal ustaz ni..

Seorang pendakwah dikenali sebagai Ustaz Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari berjaya mencuri tumpuan selepas mengeluarkan satu kenyataan kontroversi.

Mana tidaknya, pendakwah asal Indonesia itu mendakwa bahawa seseorang wanita boleh menikahkah dirinya sendiri di hadapan dua orang saksi tanpa kehadiran wali.

Dakwa Nuruddin, pernikahan tanpa wali yang kononnya berdasarkan mazhab Hanafi itu boleh dilakukan oleh wanita di mana-mana tempat dan bila-bila masa sahaja.

Memandang serius isu tersebut, Jabatan Mufti Negeri Perlis (JMNPs) tampil memberi peringatan dan meminta pendakwah tersebut untuk menarik semula kenyataannya.

Hal ini kerana, pandangan yang dikongsikan Ustaz Muhammad Nuruddin itu tiada dewabit (terma dan syarat) serta dikhuatiri boleh menimbulkan ketidaktenteraman.

Pendakwah dakwa wanita boleh kahwin tanpa wali, ramai yang kenal ustaz ni..

Difahamkan, pendakwah itu membuat dakwaan tersebut untuk memberikan cadangan kepada pelakon iaitu Angeline Tan untuk menikahkan dirinya sendiri dengan Sabri Yunus.

“Walaupun cadangan itu ditujukan kepada Ardini Angeline Tan dan Sabri Yunus untuk bertaklid secara mazhab Hanafi dalam perkahwinan tanpa wali, tetapi kesannya jika hukum itu terpakai untuk mereka, secara logiknya ia juga terpakai untuk orang lain.

“Andainya cadangan tersebut diterima pakai, ramai wanita bersama pasangannya akan menikahkan diri sendiri tanpa pengetahuan wali. Apatah lagi beliau menyatakan perkara itu boleh dilakukan bila-bila masa dan di mana sahaja.

“Ini akan menimbulkan keadaan yang tidak tenteram dan perlanggaran kepada undang-undang yang sedia berkuatkuasa di negeri-negeri. Apatah lagi beliau bukanlah autoriti agama (Waliy al-Amr),” kata JMNPs menerusi satu kenyataan.

JMNPs yang memuat naik kenyataan itu di akaun rasmi Facebook turut menganggap cadangan tersebut seakan-akan mencabar keputusan pihak autoriti agama negeri.

Sehubungan itu, orang ramai dan pasangan yang ingin berkahwin dinasihatkan untuk merujuk serta mendapatkan kelulusan dari pihak autoriti agama, bukan bergantung pada pandangan berkenaan.

Terdahulu, pendakwah sensasi itu mendakwa bahawa Angeline dan Sabri Yunus sudah berzina kerana pernikahan yang dilangsungkan pada Sabtu lalu, tidak sah.

Susulan itu, dua ahli ulama iaitu Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan bekas mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli tampil memberi kenyataan.

Kedua-dua agamawan itu memberi penjelasan yang panjang lebar dan mengatakan bahawa lafaz qabul Sabri Yunus serta pernikahan pasangan berkenaan adalah sah.

BACA: “Aku baru kahwin lima bulan tapi suami dah maklum niat nak kahwin lain, rupanya dah kantoi ‘tidur’ dengan rakan sepejabat…”