Pencuri berak dalam kereta polis selepas ditangkap

Seorang pencuri di Indonesia mencuri perhatian netizen apabila dirakam membuang air besar ketika ditahan oleh polis, lapor saluran berita Tribunnews semalam.

Dalam rakaman kejadian yang dimuat naik di platform Instagram @infopalembangterbaru, suspek bernama Messa memberikan ‘hadiah’ yang tidak dijangka ketika berada di dalam kereta polis. Kesemua anggota polis terbabit dilihat menutup hidung mereka kerana tidak tahan dengan bau itu sambil menurunkan tingkap kereta.

Pegawai polis Alvin Aji mengesahkan kejadian tersebut. Menurutnya, lelaki itu ditahan atas kesalahan mencuri telefon bimbit.

“Kami menahan suspek kerana mencuri telefon bimbit. Dia kemudian membuang air besar ketika anggota-anggota polis membawanya ke Balai Polis Wajo,” kata Alvin.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan rata-rata netizen terhibur dengan kejadian tersebut.

“Polis turunkan tingkap, jadi ada peluang untuk pencuri itu melarikan diri. Tapi sayang tangannya digari,” kata seorang netizen.

“Kesian yang duduk di belakang, mesti bau ‘pekat’ bukan main lagi,” tambah netizen lain.

Kejadian ini bukan sahaja mencuit hati ramai, tetapi juga memberikan gambaran lucu tentang situasi yang dihadapi oleh anggota polis ketika menjalankan tugas mereka.

Baca : “Tak masuk akal!” – Shamsuri