Penampilan terbaru Zizie Izette curi tumpuan, kalah anak dara

Penampilan terbaru Zizie Izette curi tumpuan, kalah anak dara

Penampilan terbaru Zizie Izette curi tumpuan, kalah anak dara. Kembali mencuri tumpuan netizen di media sosial, pelakon, Datin Seri Zizie Izette dilihat semakin kurus dan menawan.

Berkongsi beberapa foto terbaru di Instagram, netizen turut menyatakan rasa kagum melihat cara Zizie menjaga badan untuk kekal sihat dan tampak cantik.

Meletop!

Penampilan terbaru Zizie Izette curi tumpuan, kalah anak dara

Mengenakan baju dan seluar bewarna ungu, Zizie memberitahu bahawa dia tidak tahu untuk memuat naik foto yang mana satu di Instagranm miliknya. Oleh sebab itu, dia memuat naik kedua-dua foto tersebut. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen termasuk rakan artis kagum melihat perubahan wajah dan bentuk badan Zizie.

Ujar netizen, Zizie kelihatan seperti remaja. Ini kerana, bentuk hidung, bibir dan mukanya kelihatan sangat berbeza jika dibandingkan sebelum ini.

Di samping itu, netizen turut meminta tips daripada Zizie tentang rahsia untuk cepat kurus.

Cantiknya!

BACA:

Kembar Awie ditemui, sekali pekerja dari Nepal

Ekoran pengeluaran khas KWSP, golongan terjejas kini tiada caruman hari tua

Pengeluaran Khas KWSP : 4 kategori ini diberi kebenaran