Pemuda PAS Selangor beri amaran keras kepada Asyraf Wajdi

Pemuda PAS Selangor beri amaran keras kepada Asyraf Wajdi

Dr Asyraf Wajdi Dusuki kaitkan kisah Khawarij dan Saidina Ali bagi menolak Gagasan Penyatuan Ummah bagi menyatukan UMNO, PAS & BERSATU.

Jangan poyo sangat rasa diri macam Saidina Ali bossku.

Suka saya ingatkan pengkhianatan persepakatan ini bermula dengan sokongan pada Anwar Ibrahim sebagai PM. Itukah nilai setiakawan? Jujur dan ikhlas? Demi survival ummah?

Bukan sikap Pemuda menjadi pak turut sehingga mengadai prinsip perjuangan. Pemuda adalah perubah yang menjadi teras kebangkitan. Jika mahu menjadi pak turut elok lucutkan jenama ‘Pemuda’ pada diri anda.

Usah panjangkan kalam lucu dan bicara palsu. Jika anda membuka gelanggang dihadapan Ketua Pemuda kami, insyaAllah kami Pemuda bersedia menyambut.

Bukan anak jantan jika bercakap seorang diri, tak ubah bagai orang gila yang merasa jaguh sedangkan bersilat langkahnya sumbang.

Amaran kami usah biadab dengan tetamu esok, jika ayahanda kami dicederai. Kami bersedia menghadapi kalian, serta sekali-kali tidak akan berdiam diri!

Anak jantan anak temenggung,
Pergi belayar tanjung kerasak.
Berani buat beranilah tanggung,
Kami pemuda sedia bergasak.

Mohamed Sukri Omar
Timbalan Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

COMMENTS