Pemuda dedah cara buat loan untuk kahwin ‘pantang’

Pemuda dedah cara buat loan untuk kahwin ‘pantang’

Pemuda dedah cara buat loan untuk kahwin ‘pantang’. DEMI mahu menjaga ‘status’ dan kelihatan gah di mata tetamu, ada sesetengah individu yang memilih untuk mengadakan majlis perkahwinan serba mewah meskipun sedar ia di luar kemampuan sendiri.

Justeru bagi merealisasikan perkara tersebut, mereka sanggup mengambil pinjaman peribadi tanpa berfikir kesan untuk jangka masa panjang.

Jangan terkejut, ada juga kes di mana ibu bapa sendiri pula yang ‘menggalakkan’ anak mereka membuat pinjaman peribadi untuk mengadakan majlis perkahwinan gah.

Melihat perkara tersebut sebagai satu trend yang wajar dihindari, seorang lelaki berbangsa Cina berkongsi serba sedikit mengenai majlis perkahwinan menurut pespektif kaumnya.

Menurut Tai Zee Kin, salah satu pantang larang dalam perkahwinan masyarakat Cina adalah membuat pinjaman peribadi.

Pemuda dedah cara buat loan untuk kahwin ‘pantang’

Tai Zee Kin mengulas mengenai luahan seorang individu yang menyesal kerana membuat pinjaman peribadi.

loan 3

“Bagi Cina, pantang ambil personal loan untuk membuat majlis perkahwinan. Tidak dibenarkan. Ibu bapa akan kata ‘kalau tiada duit, kami tak benarkan kahwin’. Simpan cari duit dulu. No negotiable. Tidak akan berlaku.

“Ibu bapa biasa kalau mampu, akan simpan duit untuk perkahwinan anak masing-masing. Mereka akan bagi duit kepada anak-anak untuk ringankan beban mereka,” tulisnya dalam satu perkongsian di Facebook.

Malah lelaki ini berkata, lazimnya ibu bapa pihak perempuan akan menggalakkan bakal menantu mereka membuktikan kemampuan dengan membeli rumah dahulu sebelum melamar.

“Bila dah mampu beli rumah, ada kereta, baru ‘mula’ proses meminang atau merisik atau buat ‘marriage proposal’.

“Selepas itu, kami akan ‘daftar perkahwinan dulu’ bawah ROM (pendaftar perkahwanan). Jadilah suami isteri sah undang-undang dahulu sebelum majlis.

“Ambilah masa secukupnya untuk membuat rancangan majlis perkahwinan. Banyak antara kaum Cina yang mengaturkan majlis perkahwinan dari enam bulan hingga dua tahun setelah mendaftarkan perkahwinan dengan ROM,” terangnya.

Grand Mahkota Ballroom can cater to a banquet of 1,200 persons

Merancang majlis perkahwinan biarlah mengikut kemampuan. Gambar hiasan

Tambahnya, perkahwinan masyarakat Cina juga tidak dapat dipisahkan dengan budaya pemberian angpau, yang mana ia sedikit sebanyak dapat membantu pasangan pengantin memulakan kehidupan baru.

“Maka, dalam banyak majlis perkahwinan Cina, pasangan pengantin akan dapat ‘lebihan’ wang dari angpau, cukup untuk membayar semua belanja dan kos majlis, siap ada baki lagi.

“Baki ini akan dibelanjakan untuk cuti bulan madu, atau beli rumah. Budaya ini diwarisi sejak ribuan tahun sampai sekarang. Angpau majlis perkahwinan seolah-olah menjadi ‘pelaburan’ yang bakal meraikan keuntungan.

Memang berlambak yang buat personal loan semata-mata nak buat majlis kahwin. Bertahun-tahun kerja keras bayar hutang.

“Kami sampai sekarang tidak pernah hadir majlis perkahwinan Cina tanpa memberi angpau dengan amaun yang setimpal. Budaya ini tidak terpakai untuk mereka yang ‘mampu’ dan ‘moden’ ala barat.

“Nasihat saya kepada kaum lain, jangan benarkan anak-anak membuat loan untuk majlis perkahwinan. Halang anak-anak daripada perbuatan ini yang boleh memusnahkan masa hadapan mereka demi nafsu ‘ego’ sendiri untuk sehari,” kongsinya lagi.

Sehingga kini, hantaran lelaki tersebut meraih lebih daripada 5,800 shares di Facebook.

Menjengah di ruangan komen, rata-ratanya bersetuju dengan perkongsian lelaki tersebut yang secara tidak langsung dapat membuka mata ramai mengenai keburukan membuat pinjaman peribadi.

komen loan

Antara komen netizen pada perkongsian pemuda tersebut.

“Saya kagum dengan kaum Cina apabila bercakap soal majlis perkahwinan. Mereka lebih memikirikan kelangsungan hidup kedua mempelai selepas majlis daripada menjadi raja sehari tapi menjadi hamba bank usai majlis.

“Betul… buatlah kenduri mengikut kemampuan. Jangan sampai berhutang.

“Sedih dengar… memang berlambak yang buat personal loan semata-mata nak buat majlis kahwin. Bertahun-tahun kerja keras bayar hutang,” demikian antara komen netizen.

BACA:

Bil cecah RM761,000 jadi punca Salt Bae dikecam ramai

Teritip aneh ditemui lelaki ini rupanya berharga RM21,000

Ini jawapan Dr Dzulkefly setelah berjaya tewaskan Tengku Zafrul