Pemuda dakwa akaun Facebook telah digodam, Setelah tular minta upah seks sebagai ganjaran bantu cari rumah sewa

seorang lelaki yang membalas mesej berbaur lucah.

Pengadu, Shimalaa Sanmuggam, terdahulu meminta bantuan suspek yang dikenali sebagai Zaimi

untuk mendapatkan rumah sewa di sekitar daerah Setiu dan Bandar Permaisuri. Malangnya, lelaki itu bertindak di luar batasan.

 minta upah seks sebagai ganjaran bantu cari rumah sewa

Ekoran kejadian itu, Shimalaa mengatakan beliau telah membuat laporan polis berhubung gangguan seksual tersebut untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, Zaimi tampil menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa akaun Facebook miliknya telah digodam.

Menerusi satu hantaran di kumpulan Warga Setiu, Zaimi memohon maaf di atas kejadian itu dan menegaskan dia tidak tahu menahu mengenai perkara itu.

“Saya mohon maaf atas apa yang viral pada Facebook saya hari ini. Malam tadi Facebook saya tak boleh buka, ada orang gunakan akaun Facebook saya. Facebook saya dah kena hack.

“Saya ada anak isteri untuk saya tanggung. Saya tak tahu apa yang terjadi pada saya, mungkin Allah nak uji saya. Saya bukan macam tu.

“Sekali lagi saya betul-betul mohon maaf. Dah banyak kali saya cuba tukar Facebook saya, tapi tak boleh logout,” tulisnya

BACA: Ibu ayah dari neraka, ikat anak ‘nakal’ pada tiang, selamba makan di medan selera tanpa rasa belasah buat netizen berang