Pemuda akui cemburu kisah pemergian kawan baiknya suami isteri pada tahun yang Sama

Pemuda akui cemburu kisah pemergian kawan baiknya suami isteri pada tahun yang Sama

Pemuda akui cemburu kisah pemergian kawan baiknya suami isteri pada tahun yang Sama. Bila suami kau hubungi aku, minta datang melawat kau tahun lepas, aku terus panik. Dia kata kau dah tahap akhir knser dan ianya sedang mengnas kat perut kau.

Aku ingat lagi kau cakap

“ Nal, aku ni boleh sembuh ke?”

Tergamam aku Ha, sebab aku tahu kau tak boleh sembuh… jadi aku pun berbohong, aku bg kau cerita2 semangat.. dalam hati, aku sedih tgk kau..tapi kau tabah..mungkin dah lama sgt sakt..

Ada lagi satu yg kau cakap,

“ Nal, aku teringin sgt nak makan..bubur pun jadilah..dah lama sgt aku tak makan..”

Oh Allah, dugaan apa yang KAU turunkan pada sahabat aku ni..Tapi aku yakin KAU sayangkan sahabat aku ini..

Pemuda akui cemburu kisah pemergian kawan baiknya suami isteri pada tahun yang Sama

Tapi dalam hati aku, terdetik..untungnya kau, suami kau baik.. dia betul2 sayangkan kau.. abis segala makan pakai kau dia jaga..pampers kau dia tukar..anak2 dia jaga..dia ambil alih tugas Ibu dan isteri..inilah satu contoh ketua keluarga.. keadaan dia sendiri aku tgk tak terurus sbb all the time aku tgk dia uruskan hal kau.. dia selalu call dan minta kawan2 lawat kau sebab kau happy jumpa kami..nak membawang kononnya..tapi topeng gas kat muka tu 24 jam..kalau kau gelak.. berwap2 topeng tu..hahaha

Masa inilah aku mula muhasabah diri..ada sebab Allah turunkan dugaan ini. Sebab Allah sayangkan kau Ha..aku selalu ingatkan kau pasal ni, dan sebab itulah aku mula rasa cmburu.. Allah duga kau, bg kau keskitan untuk buang d0sa2 kau..

Suami kau Fouzi, tak henti2 update kami..ada sahaja kisah di sampaikan.. bila kau balik ke rumah, dia jaga kau.. mandikan kau, tukar pampers kau.. antar anak2 sekolah, memasak.. hebatnya kau suami kau Ha..

Masa ini kawan2 mula cmburu..hebatnya suami kau Ha..

Tanggal 5 June 2020. Macam kena gempa bumi kami.. aku dapat berita dari sahabatku Hanim Misbah yg Fouzi masuk ICU.. eh? Apa cerita ni? Ha yang skit..kenapa Fouzi yang masuk spital? Aku terus call hp Fouzi, sepupunya yang jawab..Fouzi kena jngktan dlm drh dia.. pergi hospital sebab skt pinggang.. terus masuk ward..dan tetiba koma.. Dr mengatakan yg Fouzi tak de peluang nak hidup..

ALLAH.. aku terus teringat kau Ha.. Allah bg lagi dugaan kat kau..aku plan nak call kau.. tapi aku tahu kau sedang skt..aku tanya family kau..bila waktu paling baik nak call kau..

Belom sempat apa2.. aku dpt berita Fouzi dah meninggal.. tempat kau bergantung ni Ha… aku terus call kau.. aku tak pedulik..dengar aje suara aku..aku tak boleh tahan..aku meraung kat telefon..aku ingat lagi aku kata ..

“besarnya dugaan kau Ha.. kau sabar ye….Allah betul2 sayangkan kau ni”

“Aku ni smput Nal, tapi bila aku dgr suara kau..aku nak nangis juga…macamana aku nak sabar Nal, ini tempat aku bergantung..dia yang jaga aku..semua dia yg buat..sapa nak jaga aku lepas ni? Anak macamana?”

Dalam nafas semput kau nak juga cakap dgn aku..

Aku terus call Datin Fazmi Sani ..aku kata kat Amy..lepas ni Amy aku tak nak komplen apa2 lagi..aku tak nak komplen air tak sedap..aku tak komplen apsal asik hujan..aku tak komplen apsal aku tak kaya… aku patut rasa syukur apa g aku ada.. tak nak komplen..! tak nak komplen!

Aku betul2 sekarang cmburu dgn kau.

Allah nak hapuskan d0sa kau sebelum dia amik kau.. Allah ambil Fouzi masa dia tgh berbakti kepada isterinya.. Aduh Fouzi.. eloknya cara kau pergi.

Kau ada kasitau yang Fouzi ada mengadu sakt2 sebelum ke hospital..tapi dia tak nak pi Hospital sebab kalau dia masuk ward..sapa nak jaga kau? Kau siap ckp..kalau kau ni sihat..kau yg bawak kete antar dia pi spital..sebab kesian kat dia…

Tapi bila dia pi hospital..dia tak balik terus dan kau terus tak jumpa dia….

Lepas Fouzi meninggal, semangat kau mcm naik balik..kejap2 kau wassup aku.. tanya siapa kerja maybank..siapa kat epf..socso..aku tolong gunakan kenalan2 aku utk tolong kau.. adik kau Atikah aku selalu call.. tanya mcm2 sebab lepas Fouzi takde..aku tak de peluang nak tanya khabar kau..sebab kau selalu tak reply wassup aku..macamana gossip?

Masa ni lah anak2 kau pula mainkan peranan..sedang anak2 org lain sibuk main..anak2 kau pula jaga kau.. tukarkan pampers kau.. jaga kau.. masa aku melawat..anak kau pakaikan tudung kau.. sikat2 kau.. hias2 kau..

apa amalan kau ye Ha? Allah bg kau suami dan anak2 yg baik macam ni? Bukan itu saja.. adik beradik kau..mak kau..semua jenis tabah2.. aku dgn tak malu nangis depan mak kau..sebab lepas sembang dgn mak kau, aku baru tahu dari mana genetic ketabahan ni dtg..(serius, pergilah jumpa mak dia..korang akan agree dgn aku)

setelah lama kau berjuang.. minggu lepas Allah jemput kau, sudah tiba masa kau pergi.. pergi setelah Allah bg kau peluang untuk bertaubat..peluang untuk menghapus d0sa..kali ni aku tak nangis.. sebab aku tahu, kau pergi dengan cara terhormat.

Tinggallah kami Ha.. tinggallah anak2 Ha.. insyaallah aku dan kawan2 kita akan jenguk2 anak kau..kebajikan mereka akan kami ambil tahu..

Allah bg peluang untuk kau tahu bila kau akan pergi..

Allah bg kau suami yang baik
Allah bagi kau anak2 yang solah dan solehah
Allah bagi kau keluarga yang baik.

Aku betul2 cmburu Ha

Innalillahi buat sahabatku..

Pergilah sahabatku

Halizah Md Arif 16 Ogos 2020
Mohamad Fouzi bin Said. 5 Jun 2020

Sumber:Aklaken Sulaiman

BACA:

PU Azman didakwa lima pertuduhan seksual

Tular Farid Kamil nak bina litar lumba untuk ‘mat rempit’