Memiliki kelengkapan lengkap menjadi keutamaan homestay lebih menjadi pilihan mereka yang sudah berkeluarga untuk menginap.
Terbaharu, seorang pengguna TikTok @zakaria_nazir yang merupakan seorang pemilik homestay telah berkongsi sebuah video
dimana menemui sepapan telur yang ditinggalkan tetamunya di homestay miliknya.
Apa yang mengejutkan adalah anak itik didapati menetas daripada telur tersebut.
Pada awalnya, tetamunya telah meminta untuk dirinya untuk menyimpan telur tersebut kerana akan kembali untuk pertandingan memancing kelak tetapi dia terkejut apabila menghidu bau bangkai ketika masuk ke dalam rumah selepas satu minggu.
@zakaria_nazir Benda paling rare yang penah jadi sepanjang mengendalikan homestay😂 Ada kisah yang panjang di sebalik video yang pendek #homestay #pendang #kedah #itik #swipe ♬ SWIPE – ALYPH
Rupa-rupanya anak itik telah menetas dan dia pun mengambil keputusan membawa anak itik itu ke rumahnya serta memaklumkan hal tersebut kepada tetamunya sebelum ini.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen berasa pelik kerana telur terbabit menetas serta menjadi anak itik yang cukup sifat.
BACA:Â Wakili rakyat yang pemalas, pemuda ini cadang BSH RM6000 sebulan terima kecaman netizen