Pemikir PAS dakwa Ahli Parlimen beri sumbangan motorsikal ada agenda kristianisasi

Penganalisis politik, Dr. Kamarul Zaman Yusoff giat ‘menyerang’ Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim dengan gelaran ‘Cina Kristian’ berulang kali bagi membandingkan sumbangan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim.
Beliau mengatakan sumbangan daripada pemimpin bukan Islam lagi ramai dikongsi dan tumpuan berbanding sumbangan yang diberikan oleh pemimpin Islam.
Kamarul yang sering menjadi pakar rujuk dari kalangan penyokong PAS turut mengatakan Steven Sim mempunyai agenda.
Steven Sim baru-baru ini membelikan sebuah motorsikal untuk seorang anak muda daripada selama ini menjadikan basikal sebagai kenderaan sebagai penghantar makanan food panda.
Kebajikan yang dilakukan oleh Steven Sim mendapat perhatian daripada netizen di laman sosial yang rata-rata memuji tindakan bekas Timbalan Menteri Belia & Sukan itu.