Pembayaran semula RM128.6 juta pinjaman mikro kredit ditangguhkan – Menteri

Pembayaran semula RM128.6 juta pinjaman mikro kredit ditangguhkan - Menteri

Pembayaran semula RM128.6 juta pinjaman mikro kredit ditangguhkan – Menteri. Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menangguhkan RM128.6 juta pembayaran semula pinjaman mikro kredit dan pinjaman keusahawanan kepada usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negeri terjejas banjir pada bulan lepas (Dis).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata penangguhan melibatkan 65,596 usahawan PMKS atau peminjam yang terjejas dari Kelantan, Terengganu, Pahang serta Sabah.

Beliau berkata peminjam atau usahawan berkenaan yang membuat pinjaman melalui agensi-agensi di bawah Kuskop boleh memohon penangguhan sehingga tempoh maksimum enam bulan.

Agensi yang terlibat ialah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), SME Corp Malaysia, TEKUN Nasional, Bank Rakyat dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Pembayaran semula RM128.6 juta pinjaman mikro kredit ditangguhkan - Menteri

Pembayaran semula RM128.6 juta pinjaman mikro kredit ditangguhkan – Menteri

“Penangguhan pembayaran semula pinjaman itu merupakan inisiatif kementerian bagi membantu meringankan tekanan dan bebanan yang dihadapi oleh koperasi, usahawan mikro, kecil dan sederhana di kesemua negeri yang terlibat (banjir),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kuskop dalam kenyataan sama memaklumkan pihaknya turut melaksanakan program bantuan bakul makanan pasca banjir di Kelantan dan Terengganu kepada 1,100 keluarga isi rumah terlibat banjir melibatkan peruntukan RM110,000.

Penyerahan bakul makanan kepada mangsa banjir itu akan dilaksanakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Saraswathy Kandasami bersama agensi-agensi kementerian pada 13 Jan ini di kedua-dua negeri tersebut.

BACA:

Sekali Agong tunjuk skill memancing, dapat hasil 5kg

Ikan kerisi memang sedap tapi ada sesuatu di siripnya yang ramai tak tahu