Pembantu Vida hilang tudung hanya nak jadi penyanyi

Pembantu Vida hilang tudung hanya nak jadi penyanyi

Pembantu Vida hilang tudung hanya nak jadi penyanyi.Dalam diam, pembantu peribadi usahawan sensasi Datuk Seri Vida iaitu Diyla kini sudah bergelar penyanyi tanpa pengetahuan majikannya itu.

Memetik mStar Online, wanita itu berkata selepas 12 tahun bekerja dengan Vida dia nekad untuk menjadi penyanyi kerana itu sememangnya minatnya.

 

“Saya berterima kasih kepada Datuk kerana beri peluang saya bersama dengan Datuk selama 12 tahun. Saya pun ambil masa lama untuk berfikir dan saya rasa saya dah bersedia.

“12 tahun saya buat benda yang sama jadi saya nak cuba benda baharu dan harap ada peluang jadi penyanyi tu,” katanya.

Pembantu Vida hilang tudung hanya nak jadi penyanyi

Mengulas mengenai imej terkininya dilihat tidak berhijab, Dilya berkata dia hanya memakai tudung apabila bekerja sahaja dan sememangnya free hair.

“Sebenarnya dekat luar saya memang free hair dan hanya pakai tudung bila bekerja sahaja. Untuk lagu ini saya menjadi diri sendiri, kalau bekerja saya kena jaga nama Datuk Seri Vida. Dah habis kerja saya begini la tak bertudung,” ujarnya.

Difahamkan, Diyla duet bersama Tiktoker Faiz Aizif dalam single terbaharu mereka berjudul Khilaf.

BACA:

Kerusi harga sampai RM 100k dilelong bukan untuk duduk

Warga emas maut dipijak ketika solat