Pemandu paragliding maut, terhempas di cerun konkrit

Pemandu paragliding maut, terhempas di cerun konkrit

Pemandu paragliding maut, terhempas di cerun konkrit. Seorang peluncur udara atau paraglider maut selepas terhempas pada cerun konkrit di kawasan projek lebuh raya Pan Borneo berhampiran Kampung Keliangau, Manggatal, di sini, pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, lelaki berusia 26 tahun berkenan mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan membawa seorang lagi penumpang.

“Mangsa dan penumpang pada mulanya meluncur menuruni bukit dari kawasan bukit Kokol dan berjaya mendarat dengan selamat.

Pemandu paragliding maut, terhempas di cerun konkrit

“Bagaimanapun, sebaik saja penumpang diturunkan, mangsa yang tidak sempat menanggalkan tali payung telah ditiup angin kuat menyebabkannya terbang sebelum terhempas ke cerun konkrit berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada malam Jumaat.

Katanya lagi, hasil siasatan mendapati kejadian itu tiada unsur perbuatan khianat atau jenayah.

“Mangsa dihantar ke bahagian forensik Hospital Queen Elizabeth 1 (HQE1) untuk menjalani bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut namun siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.

 

BACA:

Pengunjung kongsi pengalaman tidur tegak macam mayat di hotel Cameron Highland

Pelik dan kelakar, 55 nama sekolah di Malaysia ini jadi tumpuan