Pemandu Mercedes terkejut kena potong dengan MyVi pada kelajuan 172 km/j

Pemandu Mercedes terkejut kena potong dengan MyVi pada kelajuan 172 km/j. Terbukti Myvi paling ganas dalam Malaysia, Mercedes C200 selamber je kena potong 172kmh, Sebut sahaja Perodua Myvi, pasti ramai kenal dengan model hatchback yang terkenal dengan jolokan Myvi. Malah, ada sahaja kisah menarik yang kita dengar mengenai Myvi.

Nampaknya, memang benar apa yang dikatakan oleh orang ramai bahawa Myvi adalah hero jalanraya apabila ianya dibuktikan menerusi video yang tular ini.

Menerusi video dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, JinSeng Tan yang menaiki Mercedes C200 memaparkan sebuah Myvi putih berada di hadapan mereka.

Meskipun sudah menekan minyak, namun mereka masih ketinggalan dan tidak dapat mengejar Myvi yang sudah jauh di hadapan. Dalam entri tersebut, dia turut menyertakan kapsyen, “Supercar Nasional, tiada yang lain”.

Pemandu Mercedes terkejut kena potong dengan MyVi pada kelajuan 172 km/j

Dalam video tersebut, turut kedengaran JinSeng yang duduk di sebelah pemandu berkata sudah lebih 162km/h, tapi tetap tak dapat kejar Myvi.

Malah, mereka sudah mencapai sehingga 172km/h, namun masih tidak dapat mendekati Myvi yang sudah jauh kehadapan.

Kesimpulannya, video tersebut sekaligus membuktikan bahawa Myvi sememangnya kereta yang paling “ganas” dan “king” di jalan raya.

BACA:

Penebar roti canai dicari, gaji cecah RM17,000 sebulan

Kini anda mampu pantau lokasi anak anda guna Apps ini sahaja

3 kembar nekad mahu kahwini lelaki yang sama