Pemandu yang dikenali sebagai Geni Nur Alfiansyah berjalan menuju ke ambulans
selepas menyelesaikan tugasan menghantar jenazah ke sebuah tanah perkuburan di Depok, wilayah Jawa Barat.
Waktu maghrib ketika itu, Geni yang berjalan seorang diri terkejut melihat sosok wanita berambut panjang yang berada tidak jauh dari ambulans.
Wanita tersebut duduk di kawasan yang dipenuhi pohon rimbun, dengan rambut panjang yang terurai menutupi keseluruhan wajahnya.
“Ketika menunggu keranda dikembalikan di kawasan perkuburan, ada puntianak sedang duduk santai,” demikian keterangan dalam video tersebut.
Dengan penuh keberanian, Geni merakam sekali lagi sosok puntianak tersebut sebelum berlari menuju ke ambulans.
Video tersebut kemudiannya menjadi viral dan mendapat pelbagai komen daripada netizen.
“Baru kali ini saya betul-betul percaya dengan video penampakan (hantu),” kata seorang netizen.
BACA: KWSP umum berita gembira hujung tahun buat semua pencarum, SEMAK SEGERA!