Pemain Thailand kena tembak laser di Stadium Bukit Jalil

Pemain Thailand kena tembak laser di Stadium Bukit Jalil

Pemain Thailand kena tembak laser di Stadium Bukit Jalil. Tembakan pancaran laser ke atas pemain Thailand dalam saingan separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) semalam kembali hangat diperkatakan warga bola sepak di rantau ini.

Insiden sama yang pernah berlaku di SNBJ pada final Piala AFF 2010 lalu mencetuskan protes penyokong Indonesia yang menyalahkan pancaran laser itu sebagai alasan kekalahan skuad Garuda di tangan Malaysia.

Kini ia kembali lagi apabila segelintir penyokong Harimau Malaya ‘menembak’ pemain Thailand pada babak kedua perlawanan yang menyaksikan tuan rumah menang 1-0 hasil jaringan Faisal Halim.

Pancaran laser hijau dilihat tepat menuju ke arah muka pertahanan tengah Thailand, Pansa Hemviboon yang terbabit dalam insiden perlanggaran dengan penjaga golnya sendiri.

Pemain Thailand kena tembak laser di Stadium Bukit Jalil

Mungkin tindakan segelintir penyokong itu sebenarnya berlaku kerana rasa tidak puas hati Pansa yang berlakon seolah dirinya dikasari pemain Malaysia, sedangkan hakikatnya tonggak negara langsung tidak menyentuhnya.

Susulan lakonan hebat itu, jaringan kedua skuad negara dibatalkan oleh pengadil dari Korea Selatan, Kim Dae Yong yang kemudiannya nyata tidak disenangi penyokong di stadium.

Begitupun, pancaran laser itu tidak harus berlaku kerana ia boleh mencemarkan imej penyokong Malaysia yang sebenarnya dipandang tinggi oleh peminat di luar negara terutama ke atas sokongan padu Ultras Malaya.

Ibarat nila setitik, rosak susu sebelanga dan itulah yang perlu dielakkan oleh segelintir penyokong agar lebih tertib dan bertamadun.

BACA:

Longgokan makanan belum tamat tempoh dibuang, kecoh netizen cari lokasi

Curang dengan menantu sendiri, wanita ini tampil mohon maaf