Pemain tetap mahu jurulatih dikekalkan walau kecoh isu kena tampar

Pemain tetap mahu jurulatih dikekalkan walau kecoh isu kena tampar

Pemain tetap mahu jurulatih dikekalkan walau kecoh isu kena tampar. “Kami kenal Cikgu Hadee lebih lima tahun, anak saya kedua-dua mereka ini dilatih bermain bola tampar sejak darjah lima lagi”.

Itu luahan bapa kepada salah seorang pemain skuad bola tampar perempuan Melaka bawah 14 tahun, Nur’ Saidatul Akma Abd. Halim yang ditampar oleh jurulatihnya ketika Kejohanan Remaja Bawah 14 Tahun di Kota Tinggi, Johor pada 16 Disember lalu.

Abd. Halim Bakar, 50, berkata, secara peribadi beliau mahu jurulatih bernama Saiful Hadee Amar itu dikekalkan memandangkan perkara itu telah diselesaikan dengan baik sebelum ia menjadi tular dalam laman sosial.

Katanya, mereka sekeluarga mengenali jurulatih itu lebih lima tahun dan percaya bahawa tindakan menampar berkenaan bukan dengan niat mencederakan, sebaliknya untuk meningkatkan semangat anaknya agar dapat beraksi lebih baik.

Ujarnya, Nur’ Saidatul turut meminta jurulatihnya dikekalkan kerana lebih mengetahui kemampuan Saiful Hadee, malah insan itu telah banyak berkorban masa, wang dan tenaga melatih pasukan.

Pemain tetap mahu jurulatih dikekalkan walau kecoh isu kena tampar

“Dari tidak tahu bermain sampailah mereka berjaya ke peringkat negeri, malah Cikgu Hadee inilah yang bersungguh-sungguh mencari tempat latihan sampai ke tanah merah dia bawa, asalkan anak-anak murid dapat berlatih,” katanya dalam sidang akhbar khas di rumahnya di Kampung Melekek di sini, hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, untung nasib jurulatih itu akan ditentukan Rabu ini, sama ada digantung tugas atau sebaliknya, kata Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP. Shanmugam.

Beliau berkata, jurulatih serta dua pemain terlibat akan dipanggil memberi keterangan dalam sesi yang turut dihadiri wakil Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Persatuan Bola Tampar Amatur Melaka.

Dalam pada itu, tambah Abd. Halim, anaknya juga tidak menganggap tindakan tersebut sebagai satu kekasaran sehingga meninggalkan kesan emosi.

Justeru, mereka sekeluarga berharap pihak berwajib dapat memberikan peluang kepada jurulatih itu dengan mengambil kira jasa yang telah ditumpahkan.

“Anak kata tidak kuat pun, tidak sakit atau membuatkan emosinya terganggu, itu cara seorang jurulatih yang tegas memberikan semangat dan disebabkan itu juga pasukannya berjaya mara ke peringkat separuh akhir di Selangor,” jelasnya.

BACA:

Juruwang tutup kaunter, lelaki berang, ini nasihat netizen

Jawatan kosong Majlis Perbandaran Selayang, pengambilan besar-besaran