Pemain dram lagend Blues Gang meninggal dunia

Pemain dram lagend Blues Gang meninggal dunia

PEMAIN dram kumpulan Blues Gang iaitu Karim atau Shaik Karim meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor sekitar pukul 1.45 petang, Isnin.

Khabar duka itu disahkan oleh vokalis kumpulan berkenaan iaitu Ito

Pemain dram lagend Blues Gang meninggal dunia

Beliau memaklumkan Allahyarham sebelum itu berada dalam keadaan koma sejak dua hari lalu di hospital berkenaan sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Allahyarham Karim berusia 69 tahun.

Karim merupakan anggota awal Blues Gang.

“Dia sudah lama menderita penyakit diabetes dan masalah buah pinggang. Dua minggu lalu dia dimasukkan ke hospital kerana tidak sihat.

“Kemudian dua hari lalu dia terjatuh apabila keluar daripada kereta selepas dibenarkan pulang dari hospital.

“Akibat arwah jatuh, kepalanya terhentak sebelum dimasukkan kembali ke hospital dan koma sejak dua hari lalu,” katanya ketika dihubungi mStar.

Tambah Ito atau Mohd Arif Kendut, 72, dia sempat berbual dengan rakannya itu ketika Allahyarham dimasukkan ke hospital namun keadaannya lemah.

Kata Ito, arwah juga sudah lama tidak bersama mengikuti persembahan Blues Gang disebabkan masalah kesihatan dialami.

Tahun ini genap 50 tahun Blues Gang ditubuhkan. Karim adalah anggota terawal yang menubuhkan kumpulan ini

“Kali terakhir berjumpa rasanya dua bulan lalu ketika buat persembahan di Petaling Jaya. Kemudian saya ada hubungi dan berbual dengannnya dua minggu lalu.

“Disebabkan sakit dia memang tak larat nak bergerak dan jarang ikut kami membuat persembahan,” ujarnya.

Jenazah akan diuruskan di Bukit Indah, Ampang dan akan dikebumikan selepas solat Asar.

Kenangan Karim (kanan) bersama Blues Gang.

Sedih dengan kehilangan rakannnya itu, Ito memberitahu Karim adalah anggota awal yang menubuhkan Blues Gang sekitar tahun 1973.

“Tahun ini genap 50 tahun Blues Gang ditubuhkan. Karim adalah anggota terawal yang menubuhkan kumpulan ini.

“Memang sedih dan saya merasakan satu kehilangan besar,” jelasnya.

BACA:

“Aku tak tahu nak cakap apa, suami ada isteri pertama yang tabah, suami juga ada aku isteri kedua yang rajin cari duit, apa lagi yang kau mahukan wahai suami”