Pelukis mural terkejut lukisannya dah hilang, sedih dah banyak korban tenaga buat

Zaman sekarang lukisan di dinding atau mural sudah menjadi satu tempat tarikan remaja untuk bergambar.

Di negara kita terdapat banyak mural yang dihasilakan, tapi boleh dikatakan ramai yang tidak tahu tentang orang disebalik lukisan mural itu.

Terbaru seorang pelukis mural yang berasal dari Rusia Julia Volchkova, meluahkan rasa kecewa selepas lukisan mural yang dihasilkan di sebuah bangunan Kuala Lumpur telah dipadam oleh pihak tertentu tanpa memberikan penjelasan.

Menerusi kapsyen di Instagram, Julia mengatakan dia sedih kerana dia menganggap semua karya yang dihasilkan adalah sebahagian dari dirinya.

Semua orang bertanya kepada saya kenapa mereka memadam mural itu, saya juga tidak tahu kenapa, dan saya berharap sesiapa yang tahu alasannya tolong beritahu kepada saya, katanya di ruangan kapsyen.

Julia berkata dia telah menghabiskan banyak masa dan tenaga untuk melukis mural itu, dia juga menghadapi masalah kesihatan selepas melakukan kerja yang berat.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberi pandangan mereka, ada yang memuji hasil kerja Julia ada juga yang mempersoalkan adakah Julia mendapatkan kebenaran untuk melukis di bangunan itu.

Baca :  Founder produk kecantikan terkenal kedekut gaji! Hanya bayar RM5 sejam pada staff