Dengar macam pelik tapi siapa sangka, daging burger yang dihasilkan daripada nyamuk didakwa mempunyai jumlah protein yang tinggi!
Sebahagian penduduk di Afrika telah menerapkan nyamuk sebagai bahan untuk burger memandangkan
ratusan juta serangga itu terbang dari tasik pada musim hujan setiap tahun.
Dakwaan tersebut menyatakan bahawa jumlah protein yang terdapat dalam daging burger nyamuk adalah tujuh kali ganda lebih tinggi berbanding daging lembu.
Kira-kira 500,000 nyamuk diperlukan untuk menghasilkan sekeping daging nyamuk.
Menurut laman perkongsian Reddit, bagi individu yang tidak dapat makan daging, mereka disarankan mencuba alternatif daging nyamuk untuk mendapatkan sumber protein.
Seorang pengguna Reddit menyatakan bahawa dia pernah mencuba daging nyamuk dua tahun lalu.
“Saya pernah mencubanya ketika bekerja di sebuah ladang di Mozambique, ia tidak berasa apa-apa,” komen pengguna tersebut.
Walau bagaimanapun, tiada pendedahan dibuat mengenai implikasi kesihatan berkaitan dengan pengambilan daging nyamuk.
BACA: Individu dedah Pak Arab tagih simpati rakyat Malaysia sebenarnya tiada kaitan dengan Palestin