Pelik perangai orang Malaysia ni buat straw Coffee Bean sebagai spageti

Umum mengetahui bahawa straw Coffee Bean boleh dimakan tetapi tidak digalakkan. Malah, pekerja Coffee Bean juga pernah viral pernah berkongsi rasa straw tersebut yang diperbuat daripada beras.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @kumpenghan telah berkongsi sebuah video memaparkan dirinya mengambil straw Coffee Bean dengan banyak dan juga membeli aiskrim McDonalds. Apa yang mengejutkan adalah, starw tersebut dijadikan pasta dan aiskrim menjadi bahan untuk kuah carbonara.

Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa terkejut kerana lelaki itu menjadikan straw Coffee Bean itu sebagai pasta. Malah, memasukkan aiskrim McDonalds ke dalam kuahnya juga cukup pelik dan hasilnya tidak menyelerakan.

Pelik perangai orang Malaysia ni buat straw Coffee Bean sebagai spageti

Para netizen juga bertanya kepada lelaki tersebut apakah rasa pasta yang dibuatnya kerana dapat dilihat kuah carbonaranya cair bukannya pekat seperti kebiasaan. Tidak hanya itu, ada juga netizen mengatakan pasti selepas ini Coffee Bean akan kenakan caj untuk straw kerana lelaki itu ambil dengan banyak bagi mengelakkan kejadian
berulang.

@kumpenghan They say the straw is turtle friendly. What could go wrong? #coffeebean #straw #Mcd #carbonara #recipe ♬ Comical and a little silly carefree music(831995) – Etsuo Kawasaki

Baca : Tak main lawan JDT sebab Faisal kena asid, Selangor FC kena denda RM100K